Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bilik Aeon Terbakar, Asap...

SUASANA di dalam pusat beli belah terkenal, Mid Valley, Bangsar menjadi huru-hara, semalam...

Hudud: Kelantan Harus Cari...

PETALING JAYA - Pertubuhan bukan kerajaan Islam, menyelar tindakan kerajaan Kelantan berhubung cadangan...

Penyiasat Nafi Jumpa Video...

PENYIASAT Perancis yang mengetuai pasukan siasatan tragedi Germanwings menafikan penyebaran video yang dikatakan...

Politik Pembangunan Bawa Kemajuan...

KUCHING - Sarawak mencapai kemajuan pesat dalam semua aspek pembangunan sama ada fizikal,...

5 Artis Konsert ‘1moment4them 2.0’ Kutip Dana Pelarian Syria

KUALA LUMPUR – Lima artis tanah air bergabung tenaga secara sukarela dalam konsert amal bagi mengumpul dana membantu rakyat Syria di kem-kem pelarian.

Konsert ‘1Momment4Them 2.0’ itu akan menampilkan Noh Hujan, Mizz Nina, Faizal Tahir, Aizat Amdan dan Mu’adz Dzulkefly bagi mengadakan persembahan di Pusat Konvensyen Al-Azhar, Mesir pada 29 April.

Konsert itu merupakan satu usaha sukarela secara kolektif yang dilakukan belia, pelajar universiti dan bergabung tenaga dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengumpul dana bagi pelarian Syria.

Tahun ini, konsert itu diadakan buat kali ketiga dengan kali pertama diadakan di Universiti Yarmouk, Jordan dan yang kedua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dekat sini, diadakan tahun lepas.

Menurut pengasas konsert itu, Nur Fatiha Shuib yang juga pengasas dan pengurus projek ‘Fatiha Shuib and Friends’, tujuan untuk memulakan projek itu adalah untuk memberi inspirasi dan membangkitkan semangat melakukan perkara-perkara baik secara sukarela kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.

Nur Fatiha berkata, visi beliau sentiasa memperkasakan kemahiran pendidikan dan kehidupan untuk kanak-kanak Syria dengan harapan mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran meneruskan kehidupan mereka.

“Semua kutipan akan disalurkan bagi bantu rakyat Syria yang malang untuk keperluan asas kehidupan mereka dan sebahagian wang itu akan digunakan bagi menyedia dan membiayai bahan-bahan sekolah dan bantuan persekolahan anak-anak rakyat Syria,” katanya kepada Bernama di sini.


Sementara itu, Faizal Tahir yang sebelum ini terlibat dengan konsert tahun lepas, berkongsi pengalamannya semasa melawat kem-kem pelarian.

Katanya selepas menyertai projek itu, dia kemudian sedar bahawa terdapat satu tujuan beliau untuk terus terlibat dengan projek membantu orang-orang yang amat memerlukan.

“Bila kita membantu orang lain sebenarnya kita sendiri sedang dibantu oleh Allah SWT,” katanya.

Kepada mereka yang ingin menyumbang boleh boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB BANK: 8602258019 (Fatihah Shuib And Friends). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori