Diana Amir Berharap Anak Jadi Ustazah Profesional

DIANA Amir mengharapkan puterinya, Khaulah menjadi seorang wanita dan manusia yang mampu membawa kebaikan kepada semua orang yang berada di sekelilingnya.

“Saya berharap Khaulah jadi seorang ustazah yang profesional bila dia sudah besar nanti. Dan untuk itu, dia haruslah mengikut kursus-kursus tertentu dalam bidang agama terlebih dahulu”

“Contohnya, dia perlulah mempelajari bidang pengajian islam dari awal lagi dan di peringkat universiti dari segulung Diploma sehingga ke peringkat kedoktoran dan professor” jelas Diana.

Aktres ini khabarnya kini semakin kurang melibatkan diri dalam dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan dalam bidang pengacaraan.

“Saya bukan tak mahu berlakon, saya akan berlakon jika ianya sesuai dengan waktu. Buat masa ini, saya memberikan sepenuh tumpuan kepada anak saya.

“Dan saya lebih suka dengan kerjaya mengacara dan melibatkan diri dalam program keagamaan. Biasanya saya akan terlibat dengan program ceramah di universiti”.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=-ZJhJq3nK6c]

Loading...