Suami Baru Yatt Hamzah Tak Ambil Pusing Tohmahan Orang

YATT Hamzah mengakui suaminya kini jauh lebih matang dan tidak mudah melatah walaupun lebih muda darinya. Sebagai contoh, Mohammad Zulfadhli, 26, tidak pernah ambil tahu tentang tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Tuduhan tersebut adalah dia merupakan orang ketiga yang menjadi punca kegagalan rumahtangga Yatt sebelum ini.

Mengulas perkara itu Zulfadhli berkata, dia  tidak terkesan langsung dengan semua tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“Jujur saya katakan, saya tidak layan media sosial dan kalau boleh sentiasa elak dari baca segala gosip tetapi saya sedia maklum dengan dakwaan orang itu.

“Bagaimanapun ada perkara yang lebih penting untuk saya uruskan dan fokus iaitu perkahwinan dengan Yatt hingga sah menjadi pasangan suami isteri,” ujarnya.

BACA: Pengantin Terlewat, Pernikahan Yatt Hamzah Hampir Batal

Mengakui bersyukur dikurniakan suami yang bijak menangani masalah dengan baik, Yatt memaklumkan dia dan Zulfadhli akan berbulan madu di Krabi, Thailand selama seminggu.

Mereka selamat dinikahkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi Sabtu lalu.

Leave a Reply