NCIG Gariskan Langkah Baru Lindungi Belia #Not4Kids

SHAH ALAM – NCIG (M) Sdn. Bhd. mengutuk tindakan pengilang dan peruncit yang tidak bertanggungjawab dan mengejar keuntungan dengan menjual produk pasaran dewasa kepada belia di Malaysia.

Ini adalah tindak balas kepada laporan media terkini tentang pelbagai insiden serta ‘gula-gula rokok’ di kalangan pelajar sekolah.

“Kami berasa bimbang dengan kes-kes yang berlaku di sekolah dan kami bersedia membantu pihak berkuasa, pentadbir sekolah, dan kumpulan masyarakat untuk berperang melawan penipuan ini di kalangan belia,” kata Shariffuddin Bujang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIG.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIG, Shariffuddin Bujang

Antara kebimbangan yang dikemukakan dalam laporan media yang menjadi tular di media sosial, adalah peranti yang direka bentuk sebagai jam tangan digital yang membolehkan pelajar membawa peranti ke sekolah tanpa dikesan.

Kebimbangan lain adalah termasuk penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang meniru rokok, dan rasa vape yang khusus menyasarkan kanak-kanak seperti ‘bubble gum’ dan ‘cotton candy’ atau gula-gula kapas.

“Gimik seperti itu direka untuk menyusup masuk ke pasaran belia. Kami di NCIG tidak akan membiarkan atau menyokong tindakan mereka yang membuat dan menjual peranti ini,” katanya.

#Not4Kids sebagai panggilan seluruh industri untuk bertindak

NCIG telah mengambil langkah-langkah segera berikut untuk memastikan bahawa semua produknya terus selamat dari jangkauan dari kanak-kanak di bawah umur.

• Penguatkuasaan yang lebih teguh di seluruh rantaian jualan dan edarannya untuk memastikan semua ejen dan peruncit tidak menjual produk NCIG kepada kanak-kanak di bawah umur.

• Penguatkuasaan pendaftaran mandatori menggunakan kad pengenalan bagi pengaktifan peranti NCIG.

• Semua pembungkusan runcit produk NCIG sedang direka bentuk semula untuk membawa label amaran yang lebih jelas yang melarang jualan kepada kanak-kanak bawah umur.

• Larangan kemasukan ketat oleh kanak-kanak di semua premis runcit NCIG di seluruh dunia.

Untuk terus menggariskan usaha-usaha ini, NCIG telah melancarkan kempen #NotForKids bersama-sama yang diharapkan akan menggerakkan gerakan ini ke seluruh industri.

#NotForKids adalah tindakan seruan untuk semua pengeluar dan penyedia produk dan perkhidmatan dewasa untuk melakukan segala yang mungkin dalam kuasa mereka untuk memastikan bahawa mereka secara efektif melindungi anak-anak di bawah umur daripada membeli dan menggunakan produk-produk dewasa.

Sebagai contoh, Encik Sharifuddin menegaskan bahawa menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia dari April 2018, dianggarkan lebih daripada setengah juta pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 merokok, dimana ia juga dilarang keras dijual kepada anak-anak di bawah umur.

PRODUK ANTI PENUAN TERBAIK – SILA KLIK

“Ini adalah masa untuk semua di dalam industri ini untuk mengambil peranan yang lebih bertanggungjawab dan proaktif untuk menjaga belia kita,” kata Shariffuddin.

Beliau menambah bahawa ibu bapa dan orang ramai juga boleh memainkan peranan mereka dalam pergerakan #NotForKids dengan berwaspada dan memastikan kanak-kanak dan remaja dilindungi dengan selamat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyasarkan anak-anak di bawah umur.

Mengenai NCIG

NCIG adalah syarikat berasaskan teknologi daripada Malaysia yang merekabentuk, mengeluarkan dan mengedarkan alat yang paling berkesan untuk membantu perokok dalam menghentikan ketagihan mereka terhadap rokok.

Ini adalah sebahagian daripada misi NCIG untuk meningkatkan kualiti hidup perokok dan keluarga mereka dengan menghentikan ketagihan rokok mereka selama-lamanya.

NCIG mendapati penyasaran produk dewasa kepada remaja sebagai menentang misi jangka panjangnya dalam penyediaaan penyelesaian yang berkesan untuk lebih satu bilion perokok dewasa di seluruh dunia untuk menamatkan ketagihan rokok mereka. – Mynewshub.TV