MATTA Fair 2019 Bukti Taiwan Semakin Dekat Dengan Pelancong Muslim

KUALA LUMPUR – Ketika Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) berlangsung pada Mac lalu, Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. agak kecewa kerana hampir tidak ada pelanggan yang berjaya diperolehi.

Satu tamparan agak hebat untuk sebuah agensi yang sudah berbelas tahun berkecimpung dalam industri pengembaraan.

Pada ketika itu, Taiwan baru hendak meniti di bibir rakyat Malaysia dan masih terlalu baru untuk pelancong muslim.

Namun, dengan usaha berterusan Taiwan Tourism seperti melantik Mira Filza sebagai duta, pengiklanan di televisyen dan media dalam talian, negara kecil itu mula mendapat perhatian.

Pada MATTA Fair 2019 yang baru berakhir pada 9 September lalu, senario beberapa sebelum itu mula berubah.

“Kali ini kami dapat puluhan pelanggan muslim yang tertarik mahu ke Taiwan,” kata Pengarah Urusannya, Sharizan Mohd Saad kepada Mynewshub di sini baru-baru ini.  

Menurut Sharizan, usaha berterusan memperkenalkan Taiwan sebagai destinasi mesra muslim sudah mula menampakkan hasil dalam hanya beberapa bulan.

“Pakej yang tersedia dengan makanan halal, direktori ke masjid, hostel mesra penginap muslim, menjadi daya penarik untuk lebih ramai mula mendekati Taiwan, yang juga dikenalai sebagai Heart of Asia,” katanya.

Kata beliau, pihaknya selaku antara agensi Bumiputera yang aggresif menawarakan pakej ke Taiwan, yakin lebih ramai akan tampil untuk melawat negara berkenaan pada masa hadapan.

“Taiwan umpama syurga dunia dan permata yang baru digilap kepada dunia Islam, masih ramai yang belum mengetahui keindahan semulajadi dan kemesraan rakyatnya,” jelas beliau.

Sebenarnya penerimaan Taiwan di kalangan pelancongan muslim adalah sejajar dengan peningkatan segmen pelancongan Muslim yang semakin mendapat perhatian di negara ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang yang memberitahu bahawa MATTA 2019 memperlihatkan peningkatan agak ketara sektor pelancongan halal dan mesra muslim.

Selain sektor Taiwan, pelancongan mesra muslim juga memperlihatkan peningkatan kepada wilayah seperti Guilin di China, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong, katanya.

Sementara itu, jika berminat ke Taiwan, kami mencadangkan tarikh 28 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020 depan bersama Five Estec yang menganjurkan sesi pengembaraan Santai Legend Dato’ Nash di mana Rockers legenda Kumpulan Lefthanded itu akan bersama sepanjang program berkenaan berlangsung.

“Selain berpeluang melihat keindahan Taiwan, pada malam terakhir sebelum pulang, Nash akan turut membuat persembahan khas untuk para pelanggan ketika semua menikmati hidangan makan malam.

“Kita akan dapat mendengar lagu-lagu terbaik Lefthanded secara live pada malam itu,” kata Sharizan.

Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata, antara lokasi yang akan dilawati ialah bandar Taipei dan Taichung. 

“Di Taipei, pengunjung akan dapat menghayati suasana yang sangat tenang dan santai walaupun sebenarnya ia merupakan ibukota Taiwan yang penuh dengan kesibukan serta persaingan yang sangat tinggi,” katanya.

Sebarang pertanyaan untuk ke Taiwan, sila hubungi Five Estec di talian 03-91002101. Anda juga boleh menghubungi melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-691 2857. – Mynewshub.TV

Loading...