Ayuh Ke Taiwan 28 Disember Ke 1 Januari Ini

SEKIRANYA anda sedang merancang untuk melancong tetapi masih belum menetapkan sebarang tempat, apa kata kalau anda mempertimbangkan Taiwan sebagai destinasi pilihan.

Kami ingin mencadangkan tarikh 28 Disember 2019 hingga 01 Januari 2019 depan bersama Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. (Five Estec) yang menganjurkan sesi pengembaraan Santai Legend Dato’ Nash di mana Rockers legenda Kumpulan Lefthanded itu akan bersama sepanjang program berkenaan berlangsung.

“Selain berpeluang melihat keindahan Taiwan, pada malam terakhir sebelum pulang, Nash akan turut membuat persembahan khas untuk para pelanggan ketika semua menikmati hidangan makan malam.

“Kita akan dapat mendengar lagu-lagu terbaik Lefthanded secara live pada malam itu,” kata Pengarah Urusan Five Estec, Sharizan Mohd Saad kepada Mynewshub baru-baru ini.

Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berkata, antara lokasi yang akan dilawati ialah bandar Taipei dan Taichung. 

“Di Taipei, pengunjung akan dapat menghayati suasana yang sangat tenang dan santai walaupun sebenarnya ia merupakan ibukota Taiwan yang penuh dengan kesibukan serta persaingan yang sangat tinggi,” katanya. 

Sun Moon Lake sebuah tasik buatan manusia akan turut dikunjungi. Para peserta akan berpeluang untuk mengelilingi tasik tersebut seterusnya mengunjungi Te Hua Village yang merupakan kampung suku asli terbesar di Taiwan.

Yehliu Geopark juga berada dalam senarai lawatan, kata Sharizan. 

“Taman ini sangat unik kerana ia bukan dipenuhi bunga-bungaan sebaliknya hanya batuan sedimen yang terbentuk secara semulajadi,” katanya.

Paling menarik sepanjang lawatan selain bersama Datuk Nash, pelanggan akan dibawa melawat Perkampungan Pelanggi (Rainbow Village) yang turut terletak di Taichung. 

“Dimudahkan cerita, Rainbow Village ini umpama syurga untuk mereka yang suka berselfie atau instagram,” katanya.

Selain itu ujar Sharizan, lawatan ke pasar malam Feng Jia turut diatur. Tidak ketinggalan juga pasar malam yang sangat terkenal di bandar Taipei iaitu Shilin dan Xi Men Ding.

“Semua lokasi yang sesuai untuk para pelancong yang gemar membeli-belah,” jelasnya.

Peserta juga akan dibawa melawat Masjid Utama Taipei sebagai peluang melihat bagaimana kerajaan Taiwan amat mengalu-alukan kehadiran pelancong Muslim ke negara mereka.

Nilai pakej yang ditawarkan ialah RM2,990 seorang (penginapan bilik berdua atau bertiga) termasuk tiket penerbangan pergi balik (China Airlines), empat malam penginapan di hotel, pengangkutan peribadi berhawa dingin, pemandu pelancong fasih berbahasa Indonesia (mudah difahami pelancong Malaysia juga), tiket masuk ke semua tempat yang dilawati dan makan termasuk sarapan pagi, tengahari dan malam sepanjang program berlangsung.

Bagi pelanggan yang berminat dengan penginapan tanpa berkongsi, pakej yang ditawarkan ialah pada harga RM3,490. Harga bagi kanak-kanak pula ialah RM2,790 (dengan katil tambahan) dan RM2,640 (tanpa katil tambahan).

“Kami memastikan semua makanan dan hotel yang didiami adalah halal 100 peratus, pelanggan kami tidak perlu merasa was-was,” katanya.

Kepada anda yang berminat, hubungi nombor 03-9100 2101, 017-988 0140 atau 012-691 2857. – Mynewshub.TV 

Loading...