• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trak Bersama Lori Ditunda Terbalik, Kotak Berisi Tomato Berselerak Di Lebuh Raya

oleh Mohd Arshad
09/03/2025
dalam Terkini
0
Trak Bersama Lori Ditunda Terbalik, Kotak Berisi Tomato Berselerak Di Lebuh Raya
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG: Sebuah trak tunda bersama sebuah lori rosak sedang ditarik terbabas dan terbalik menyebabkan puluhan kotak berisi buah tomato berselerak memenuhi lebuh raya.

Kejadian berlaku di Kilometer 71.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang, susulan laluan terhalang disebabkan badan lori yang melintangi jalan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan mengesahkan menerima panggilan berhubung kemalangan itu jam 10.30 pagi.

Ketika kejadian, katanya trak tunda berkenaan sedang menarik dan sebuah lori tanpa pemandu dari arah Changlun menuju Selayang di Selangor.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, pin kunci pada bahagian bawah kepala ensel lori yang ditunda dikatakan tercabut menyebabkan trak tunda hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan.

“Akibat itu, trak tunda bersama lori berkenaan terbalik dan melintang serta menutup keseluruhan lorong laluan menghala selatan menyebabkan aliran trafik antara Pendang ke Gurun sesak,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai tumpahan minyak susulan kejadian itu.

“Tindakan diambil untuk membersihkan tumpahan minyak dan membuat pemantauan sehingga selesai dan selamat digunakan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Lori Tundatrak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

Next Post

PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

Related Posts

OKT Cedera, Trak Polis Terbalik

27/07/2018
0

SHAH ALAM - Tujuh Orang Kena Tahan (OKT) mengalami cedera ringan apabila sebuah trak polis terbalik di selekoh simpang masuk...

Model Glamor Dinobatkan Pemandu Trak Paling Seksi

15/01/2018
0

WANITA berusia 26 tahun ini merupakan model glamor namun dia bukan sembarangan kerana turut memiliki lesen memandu trak 18 tayar....

Next Post
PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

PGA Rampas RM4.57 Juta Makanan Sejuk Beku, 16 Individu Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd