• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

oleh AK-47
09/12/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam pertuduhan menerima wang tunai berjumlah RM10,700, dua tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, Muhammad Adzmin Zolkepli, 32 mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Laskar Kanan Maritim yang bertugas di Ibu Pejabat APMM Kedah dan Perlis, bersetuju menerima wang tunai berjumlah antara RM1,200 hingga RM2,300 dengan tiada balasan secara pindahan wang daripada pemilik syarikat bekalan marin ke akaun orang tengah yang sama ke akaun milik tertuduh.

Yang mana diketahui oleh tertuduh bahawa pemilik berkenaan ada perhubungan dengan kerja rasmi tertuduh.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di daerah Segamat, Johor antara bulan Februari 2022 hingga Oktober 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abd Muntaqim Abdul Aziz.

Abd Muntaqim menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi enam pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Berserta syarat tambahan iaitu serahan pasport kepada mahkamah, lapor diri pada minggu pertama sebulan sekali di Pejabat SPRM Sandakan, Sabah dan larangan mengganggu saksi.

Namun, peguam Mohd Norazam Majid yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengenakan jaminan paling minimum dan memaklumkan tertuduh masih lagi bertugas sebagai Laskar Kanan di APMM Sandakan, Sabah dengan gaji bersih RM1,700.

Menurutnya, tertuduh perlu menyara isteri yang tidak bekerja, anak berusia dua bulan, ibu dan bapa berusia 65 tahun dan nenek berumur 85 tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan RM7,000 jaminan bagi enam pertuduhan dan 7 Februari 2025 ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen.

-Harian Metro

Tags: APMMLaskar Kanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Next Post

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

Related Posts

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

17/02/2023
0

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengikuti latihan menangkap penjenayah...

APMM Rampas 100kg Sotong Gred A

08/05/2022
0

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas sebanyak 100 kilogram (kg) sotong gred A daripada sebuah bot nelayan Vietnam...

Next Post
Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd