• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

oleh Mohd Arshad
31/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat, menyeleweng dan bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusinya, Datuk Dr Nooh Gadot berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menyembah maklum pandangan hukum berkenaan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi MKI dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 pada 23 hingga Oktober lalu.

Katanya, Majlis Raja-Raja mengambil maklum mengenai pandangan hukum yang dipersetujui dan pihak berkuasa negeri boleh mempertimbangkan keputusan itu bagi tujuan pewartaan fatwa di negeri masing-masing.

“Mana-mana individu atau kumpulan orang yang mengamalkan dan menyebarkan fahaman, ajaran dan pegangan seumpama ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Orang Islam hendaklah menjauhi fahaman dan ajaran ini serta dilarang berpegang dan beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah mengikut dan mengamalkan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT.

“Apa-apa publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak audio visual atau apa-apa yang berkaitan dengan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah tidak dibenarkan dan hendaklah disekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan keputusan itu, Nooh menegaskan umat Islam hendaklah berpegang kepada pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari aspek akidah, berdasarkan manhaj Asyairah dan Maturidiah dari segi syariah berpandukan mazhab Syafie.

Katanya, ia termasuk berpandukan mazhab muktabar yang lain seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali.

“Dari segi tasawuf/akhlak, ia berpandukan manhaj Imam al-Junaid, Imam al-Ghazali serta aliran tasawuf yang sahih dan muktabar,” katanya.

Antara kepercayaan dan amalan ajaran berkenaan yang bercanggah dengan agama Islam adalah pengikutnya mempercayai Muhammad bin al-Hassan al-Askari (imam syiah yang ke-12) sebagai Imam al-Mahdi dan beliau kini dikatakan sedang bersembunyi dan akan muncul pada akhir zaman.

Selain itu, pengikut ajaran berkenaan mendakwa Imam al-Mahdi iaitu Muhammad al-Hassan al-Askari mempunyai penolong atau ansar yang terdiri daripada 12 orang yang dianggap sebagai keturunannya secara maknawi/rohani.

Dalam masa sama, pengikut ajaran berkenaan menafikan konsep syurga dan neraka serta akhirat secara umum serta keseluruhannya yang termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis.

Pengikut ajaran itu juga mendakwa syurga yang didiami oleh Nabi Adam dan Hawa ialah di dunia.

Malah syurga akhirat itu adalah di dunia, manakala neraka pula membawa maksud matahari termasuk membuat dakwaan palsu terhadap rasul, nabi dan isteri baginda.

-Berita Harian

Tags: Ajaran Sesat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amang Seksual Fizikal: PU Azman Dipenjara 6 Tahun, Satu Sebatan

Next Post

Mangsa Banjir Di Johor, Kelantan Meningkat

Related Posts

Pesara Yang Juga Pengikut Ajaran ‘The Ahmadi’ Dipenjara 6 Bulan, Denda RM4,500

Pesara Yang Juga Pengikut Ajaran ‘The Ahmadi’ Dipenjara 6 Bulan, Denda RM4,500

24/10/2024
0

Seremban: Seorang pesara yang juga pengikut ajaran 'The Ahmadi Religion of Light and Peace', dipenjara enam bulan dan didenda RM4,500...

Ajaran Si Hulk, Perubatan Tabib Adam, Hadi Minallah Antara 5 Bakal Difatwa Sesat – Mufti Melaka

Ajaran Si Hulk, Perubatan Tabib Adam, Hadi Minallah Antara 5 Bakal Difatwa Sesat – Mufti Melaka

17/09/2024
0

MELAKA: Kerajaan negeri dalam proses mewartakan lima lagi ajaran serta kegiatan baharu yang dikesan sesat dan menyeleweng di negeri ini....

Next Post
Mangsa Banjir Di Johor, Kelantan Meningkat

Mangsa Banjir Di Johor, Kelantan Meningkat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd