• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

oleh AK-47
29/11/2024
dalam Jenayah, Terkini
0
Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa mereka melihat pelajar itu dipukul di bilik asrama kolej pada malam 21 Mac lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kedua-dua saksi yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu itu turut memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada warden asrama kerana takut mereka juga akan turut dipukul.

Saksi pendakwaan ketujuh pada pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri berkata pelajar itu dipukul lima tertuduh iaitu tertuduh pertama, ketiga, keempat, kelima dan keenam di bilik asrama 7 Resak.

“Tertuduh pertama menumbuk perut Ijat (Mohamad Nazmie), ketika itu Ijat cuba membongkok bagi melindungi badannya daripada dipukul dan reaksi (Mohamad Nazmie) seperti menahan sakit,” katanya dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Batrisyia: Semasa kamu nampak tertuduh pertama menumbuk perut Ijat apa yang tertuduh ketiga, keempat, kelima dan keenam lakukan pada ketika itu.

Saksi: Selepas mereka nampak tertuduh pertama pukul, mereka berempat terus turut memukul Ijat.

Seramai 13 pelajar kolej itu berusia 16 hingga 19 tahun didakwa secara bersama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac lepas hingga 7.38 pagi, 22 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Saksi itu berkata, beliau melihat tertuduh ketiga memukul bahagian kepala, tertuduh kelima dan keenam memukul bahagian badan, manakala tertuduh keempat memukul pelajar itu menggunakan kabel pengecas telefon.

Ditanya lanjut mengenai perbuatan memukul menggunakan kabel pengecas telefon itu, saksi memberitahu tertuduh keempat menggunakan kabel itu bagi melibas bahagian belakang pelajar itu.

Sementara itu dalam keterangannya saksi itu berkata, pada malam itu dia dan Mohammad Nazmie makan di dewan makan kolej itu dan menunaikan solat Terawih, sebelum mereka berdua pulang ke bilik asrama.

“Kami menuju ke bilik asrama Ijat, tetapi saya selepas itu ke bilik asrama seorang rakan di 6 Belian dan selepas 10 minit saya kembali ke bilik asrama 7 Resak, semasa masuk bilik asrama itu saya lihat Ijat dikerumun kelima-lima tertuduh.

“Mereka tanya berkenaan wang milik tertuduh ketiga dan keempat, saya ada dengar ljat mengaku ada ambil wang milik tertuduh ketiga dan keempat. Waktu itu juga ljat bayar RM50 dan RM20, tetapi semasa bayar, tiba-tiba tertuduh pertama menumbuk perut ljat,” katanya.

Sementara itu, saksi pendakwaan kelapan memberitahu mahkamah bahawa dia melihat tertuduh pertama memukul muka Mohamad Nazmie, manakala tertuduh kelima menolak pelajar itu ke lokar bilik asrama 7 Resak.

Saksi berkata, terdapat tiga lagi individu bersama tertuduh pertama dan kelima dalam kejadian itu, namun beliau tidak pasti siapa individu terbabit dan tidak ingat apa dilakukan mereka.

Selain Batrisyia, pendakwaan dikendalikan bersama Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif dan Ng Juhn Tao.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, dan Chen Wen Jye; manakala lima lagi tertuduh diwakili peguam Mohamad Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang, dan Kusni Ambotuwo.

Perbicaraan disambung esok. 

-Bernama

Tags: kes bunuhmahkamahsaksi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menteri Diarah Beku Cuti, Pergi Bantu Mangsa Banjir

Next Post

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Next Post
Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd