• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

oleh AK-47
25/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk
Share on FacebookShare on Twitter

Iskandar Puteri : Kerajaan negeri disaran membuat beberapa penambahbaikan bagi mengurangkan kes kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol, termasuk mengehadkan lesen menjual minuman keras.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan berkata, Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada Oktober 2020 berhubung hukuman berat terhadap pemandu mabuk.

Katanya, kemalangan membabitkan pemandu mabuk boleh dikurangkan dengan penambahbaikan beberapa perkara termasuk mengehadkan jualan minuman keras termasuk di kedai serbaneka.

“Atau meletakkan premis yang menjual minuman keras ini di kawasan yang bertol supaya kenderaan yang keluar dapat diperiksa pemandunya bebas dari pengaruh alkohol.

“Selain memperkasakan kempen keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan berterusan oleh pelbagai agensi serta memperkasakan pendidikan di pusat latihan memandu mengenai hukuman berat memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya ketika perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.

Hasrunizah turut mencadangkan setiap kedai arak berlesen menyediakan pemandu yang dilantik sebagai salah satu syarat untuk mendapatkan lesen penjualan minuman keras itu.

“Kenakan syarat ‘Designated Driver’ atau kemudahan pemandu yang dilantik yang dilakukan di Australia dan Jepun, di mana negara terbabit berjaya mengurangkan kadar kemalangan Jalan raya disebabkan pemandu mabuk,” katanya.

Pada 16 November lalu, pasangan suami isteri, Mohd Ridzwan Mohd Rudi, 37, dan Linda Mohd A Aziz, 35, maut di lokasi kejadian selepas motosikal Honda Vario yang ditunggang dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Besar/ Jalan Mesjid di sini, kira-kira 4 pagi.

Pasangan itu meninggalkan lima anak iaitu Nur Aleesha Aindah Abdullah, 17, (orang kurang upaya); Muhammad Ikmal Danish Abdullah, 15; Nur Shahkira, 14; Nur Shahmira, 12, dan Nur Aisyah Humairah, 3.

Kesemua mereka ini kini di bawah jagaan datuk dan nenek sebelah keluarga bapa, iaitu Ramlah Kasiran, 56 dan suami, Mohd Rudi Abdul Rahman, 61.

Kejadian itu turut menimbulkan kemarahan masyarakat yang mahukan undang-undang lebih keras dikenakan ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian di negara ini.

-Harian Metro

Tags: Lesenminuman keraspemandu mabuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Rakyat Kecoh, Mas Ermieyati Kata Kenyataan Menteri Isu Papan Tanda Memalukan

Next Post

Anwar Nafi Guna Dana Syarikat Swasta

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Kereta, Pintu Kaca Bank Ditahan Polis

Pemandu Mabuk Langgar Kereta, Pintu Kaca Bank Ditahan Polis

29/12/2024
0

TAWAU : Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan merempuh pintu kaca sebuah bank di...

Pemandu Lori Mabuk Rempuh Tiga Kenderaan Parkir Ditahan

Pemandu Lori Mabuk Rempuh Tiga Kenderaan Parkir Ditahan

04/12/2024
0

Johor Bahru : Tiga kereta yang diletakkan di parkir awam dirempuh sebuah lori disyaki dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol...

Next Post
Anwar Nafi Guna Dana Syarikat Swasta

Anwar Nafi Guna Dana Syarikat Swasta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd