• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Bukan Nak Culik Bayi Tapi Bantu Menaiki Tangga – KP Selangor

oleh Mohd Arshad
29/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warga Asing Bukan Nak Culik Bayi Tapi Bantu Menaiki Tangga – KP Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Tiada unsur penculikan dikesan dalam kejadian bayi perempuan berusia 19 bulan yang didakwa cuba dilarikan dua warga asing di sebuah pasar raya berdekatan Klang Sentral, Isnin lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati berlaku salah faham mengenai kejadian itu selepas pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan.

“Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa bersama ibu dan ibu saudaranya menaiki tangga bergerak yang ketika itu rosak dan mangsa dilihat sukar menaiki tangga itu.

“Kebetulan dua lelaki warga asing itu turut berada berdekatan mangsa dan mereka mengangkat mangsa dengan tujuan membantu bagaimanapun perbuatan itu disalah erti ibu mangsa yang menyangka bahawa anaknya itu cuba dilarikan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mendapati dua lelaki warga asing itu bekerja secara sah di kilang berdekatan dan sering ke pasar raya itu untuk membeli barangan keperluan.

Katanya, suspek juga tidak melarikan diri ketika ditahan orang awam selain semakan mendapati tiada sebarang persediaan untuk menculik dikesan di sekitar pasar raya itu seperti kenderaan untuk melarikan mangsa.

“Bagaimanapun, kertas siasatan akan kita lengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

“Saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak sewenangnya memegang anak orang lain terutamanya yang tidak dikenali kerana ia akan menimbulkan salah faham dan panik,” katanya.

Media pada Isnin lalu melaporkan seorang ibu mengalami detik mencemaskan apabila bayi perempuannya didakwa cuba dilarikan dua lelaki warga asing di pasar raya.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai wang melebihi RM500,000 dalam bagasi yang ditemui di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, pada minggu lalu, Hussein berkata, individu yang mendakwa wang itu milik syarikatnya masih belum tampil memberikan keterangan.

“Sebelum ini kita menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa wang itu milik syarikat bagaimanapun sehingga sekarang dia belum tampil memberikan keterangan serta bukti-bukti yang menyatakan itu adalah wang dia.

“Pada ketika ini, dia janji akan datang beri keterangan pada 30 Mac iaitu esok. Selepas dirakam percakapan itu, kita akan lihat bukti-bukti yang ditunjukkan jika wang berkenaan benar milik syarikatnya,” katanya.

-Harian Metro

Tags: ketua poliswarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

Next Post

Rebat Tol 20 Peratus Untuk Pengguna Kerap LDP Ditamatkan

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post
Rebat Tol 20 Peratus Untuk Pengguna Kerap LDP Ditamatkan

Rebat Tol 20 Peratus Untuk Pengguna Kerap LDP Ditamatkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd