• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM

oleh Mohd Arshad
11/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kamu Siapa Fahmi? Jangan celupar!
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Jumaat lalu hanya kerana ia melangkaui bidang kuasa yang diberikan kepada Badan Perundangan Negeri (DUN).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan bagaimanapun, perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam masih menjadi suatu kesalahan di bawah hukum syarak.

“Kesalahan yang sama masih boleh diambil tindakan penguatkuasaan di bawah undang-undang yang berkaitan seperti liwat di bawah Kanun Keseksaan dan perbahasaan halal di bawah Akta Perihal Dagangan.

“Keputusan ini juga daripada satu segi boleh disifatkan sebagai pengukuhan terhadap perundangan Islam di Malaysia apabila Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya menyatakan bahawa hukuman takzir yang terdapat dalam Mahkamah Syariah adalah selari dengan Kanun Keseksaan di Mahkamah Sivil, dan indikasinya menunjukkan bahawa telah wujud pengharmonian antara bidang kuasa Sivil dan Syariah,” menurut kenyataan itu.

Justeru, keputusan berkenaan memberi maksud bahawa DUN berperanan untuk memastikan setiap enakmen yang digubal tidak melampaui kuasa yang ada padanya sebelum sesuatu peruntukan digubal.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan sama.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu dalam petisyen yang dikemukakan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen berkenaan.

Dalam pada itu, JKSM turut menepis kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa kesalahan berkhalwat dan minum arak tidak termasuk dalam kategori kesalahan yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai tidak sah dan terbatal.

Menurut JKSM, bagi kesalahan sumbang mahram, apabila mahkamah mengisytiharkan ia tidak sah dan terbatal, tidak bermakna sumbang mahram tidak lagi menjadi kesalahan bagi orang Islam di Kelantan, sebaliknya ia tidak sah kerana undang-undang terbabit telah diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan yang merupakan undang-undang Persekutuan.

“Jika orang Islam di Kelantan melakukan kesalahan sumbang mahram, kesalahan itu boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil. Malah, hukuman yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan juga lebih tinggi, berbanding dengan hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan,” menurut kenyataan itu.

JKSM turut menjelaskan bahawa keputusan mahkamah dalam kes Nik Elin Zurina hanya melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri yang boleh menggubal undang-undang bagi kesalahan berkenaan dan tidak bermakna orang Islam di Kelantan tidak boleh dikenakan hukuman kerana melakukan kesalahan terbabit.

“la hanya tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah, namun boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil.

“Secara tidak langsung, dengan adanya peruntukan di bawah Kanun Keseksaan juga, kesalahan itu boleh dipertuduhkan kepada tertuduh dalam kalangan orang Islam dan orang bukan Islam.

“Contohnya, kesalahan muncikari apabila OKT (Orang Kena Tuduh) orang Islam bekerjasama dengan OKT bukan Islam, kedua-duanya boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil. Berbanding jika kesalahan dibicarakan di Mahkamah Syariah, hanya orang Islam yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah. Orang bukan Islam tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah,” menurut JKSM.

Bernama-

Tags: bidang kuasaDun KelantanJKSMmahkamah persekutuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kamu Siapa Fahmi? Jangan celupar!

Next Post

KPN Buat Lawatan Mengejut Ke IPD Kajang

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Mahkamah Persekutuan Kekal Status Islam Seorang Wanita

Mahkamah Persekutuan Kekal Status Islam Seorang Wanita

03/05/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan...

Next Post
Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM

KPN Buat Lawatan Mengejut Ke IPD Kajang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd