• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti Perlu Buat Penilaian Risiko Semua Acara Anjuran Pelajar

oleh Mohd Arshad
17/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Universiti Perlu Buat Penilaian Risiko Semua Acara Anjuran Pelajar
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI : Universiti awam (UA) perlu membuat penilaian risiko bagi semua acara sosial di institusi pengajian masing-masing, termasuk konsert bagi memastikan ia tidak mencemarkan imej UA.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah itu bertujuan memastikan pentadbiran universiti dapat memantau dan membendung sebarang acara dan pengisian program yang tidak bersesuaian.

“Soal anjur konsert bukan perkara baharu, kalau kita lihat setiap konvokesyen memang akan ada program seperti konsert.

“Cuma dalam konteks akhir-akhir ini, ada insiden yang mungkin mencemarkan sedikit pengisian dalam konsert itu, maka saya minta universiti supaya lebih berhati-hati dalam hendak menganjurkan konsert dan perlu diadakan penilaian risiko,” katanya selepas lawatan ke FELDA Bukit Easter, di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden penganjuran konsert di sebuah UA di Terengganu, baru-baru ini, yang memaparkan percampuran lelaki dan wanita serta dianggap bertentangan dengan imej institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, penganjur atau pelajar boleh berjumpa dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing untuk berbincang dalam sebarang penganjuran acara bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

“Kalau pelajar boleh jumpa dengan TNC (Timbalan Naib Canselor) HEP, saya percaya satu keputusan yang lebih bermanfaat dapat dicapai.

“Insiden yang berlaku di universiti itu baru-baru ini memberi kita pengalaman (tindakan yang akan dibuat) apabila berlakunya penganjuran acara seperti ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Khaled NordinKPTPenilaian RisikoUniversiti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Kau Berlagak Macam Apa, Pangkat Dahlah Rendah…’

Next Post

8 Maut Akibat Gelombang Haba Melampau Di Mexico

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

KPT Serah Kepada Polis Siasat Kes Pelajar IPT Ditahan Bersama Ganja

16/11/2024
0

KANGAR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang ditahan...

Next Post
8 Maut Akibat Gelombang Haba Melampau Di Mexico

8 Maut Akibat Gelombang Haba Melampau Di Mexico

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd