• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LIMA’23: 43 Kontrak Bernilai RM10.128 Bilion Dimuktamad

oleh AK-47
25/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LIMA’23: 43 Kontrak Bernilai RM10.128 Bilion Dimuktamad
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 bilion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) sehingga kini merangkumi 20 dokumen kontrak, 21 Surat Setuju Terima (LoA) dan dua Surat Niat (LoI).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua persetujuan kontrak tersebut disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan pada majlis menandatangani dokumen kontrak, Memorandum Persefahaman (MoU), LoA dan LoI di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

“Pagi ini dapat kita adakan majlis menandatangani surat-surat perjanjian kepada mereka yang telah diputuskan kerajaaan untuk sama ada kita buat perolehan daripada mereka atau menjalankan kerjasama atau mereka yang sudah sedia ada perjanjian dengan kita untuk tempoh tiga atau lima tahun akan datang.

“Sepatutnya ada banyak lagi tetapi kita menilai semula kontrak tersebut untuk membuat penilaian khususnya meneliti semula perkara tersebut dan Alhamdulillah hari ini berjalan lancar dan saya harap perolehan aset ini akan dapat kita terima dalam keadaan baik dan jangka masa yang ditetapkan,” kata Mohamad pada sidang media selepas majlis itu.

Sementara itu dalam kenyataan, Kementerian Pertahanan mengumumkan beberapa perolehan aset pertahanan baharu yang sedang dilaksanakan untuk memperkukuhkan lagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut kenyataan itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima empat Helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang berfungsi sebagai platform kepada Tim Nukleus bagi tujuan latihan dan tugasan penerbangan operasi melalui sewaan daripada Aerotree Defence & Services Sdn Bhd.

Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), perolehan yang sedang berlangsung melibatkan 18 unit FA-50 Fighter-Lead-In-Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) yang akan diperoleh daripada Korea Aerospace Industries Ltd (KAI).

Selain itu, TUDM juga akan memperoleh tiga unit sistem udara tanpa pemandu (UAS) dan kategori sokongan berkaitan Medium Altitude Long Endurance (MALE) Fasa 1 daripada Turkish Aerospace Industries dan dua unit pesawat peronda maritim (MPA) Fasa 1 dan peralatan berkaitan daripada Leonardo S.P.A.

Sebagai tambahan, Kementerian Pertahanan kini dalam perancangan untuk memperoleh lebih banyak aset pertahanan di bawah Rancangan Malaysia seterusnya.

“Sungguhpun negara masih berdepan dengan impak ekonomi ekoran pandemik serta perlu berhadapan dengan belanjawan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan, Kementerian Pertahanan dan ATM tetap komited untuk saling bekerjasama demi memastikan pertahanan dan kesiapsiagaan berada di tahap optimum,” menurut kenyataan itu.

Pada majlis itu lapan MoU antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama pihak berkepentingan turut diadakan, diwakili Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

-Sinar Harian

Tags: kontrakLIMA’23Tok Mat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rasa Sayang Saya Makin Bertambah-Tambah – Farid Kamil

Next Post

Suami Isteri Rantai Amah Ditahan

Related Posts

Tok Mat Tiba Di New York Hadiri UNGA ke-79

Tok Mat Tiba Di New York Hadiri UNGA ke-79

22/09/2024
0

NEW YORK - Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di New York, Amerika Syarikat bagi mewakili Malaysia dalam...

Lima Ditahan Kes Rasuah Kontrak Bersih Kapal Tangki

Lima Ditahan Kes Rasuah Kontrak Bersih Kapal Tangki

06/08/2024
0

Kuala Lumpur : Lima lelaki ditahan berhubung dakwaan rasuah membabitkan kontrak pembersihan kapal tangki bernilai RM15.3 juta, semalam. IKUTI CHANNEL...

Next Post
Suami Isteri Rantai Amah Ditahan

Suami Isteri Rantai Amah Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd