• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Keluarkan TTA Elak Kesesakan Lebuh Raya

oleh Mohd Arshad
16/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PLUS Keluarkan TTA Elak Kesesakan Lebuh Raya
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bermula 19 hingga 22 Januari bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dari Lembah Klang

yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya mula memasuki lebuh raya itu sebelum jam 9 pagi untuk mengelakkan daripada bertembung dengan perjalanan pengguna

yang menghala ke destinasi yang lebih dekat.

Beliau berkata, saranan itu dibuat berikutan jangkaan sebanyak dua juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya pada setiap hari puncak pada musim perayaan itu.

“Cadangan itu juga adalah berdasarkan analisa PLUS mengendai data corak perjalanan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan pada musim perayaan yang lalu.

Oleh yang demikian, TTA kali ini turut berperanan untuk mengelakkan kenderaan ke pelbagai destinasi bertemu di lokasi-lokasi ‘hot spot’ tertentu di lebuh raya dan terperangkap di dalam kesesakan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Zakaria berkata, TTA itu adalah satu daripada strategi pengagihan trafik yang digunakan oleh PLUS pada musim perayaan bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selamat dan lebih selesa.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan pengguna yang menghala ke destinasi lain, yang lebih hampir dengan Lembah Klang, dinasihatkan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

“Kajian juga menunjukkan bahawa perjalanan pengguna yang mematuhi TTA akan lebih lancar dan lebih selesa.

“Namun, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.

“Pihak PLUS ingin menggesa orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan berdasarkan TTA yang dikeluarkan bukan sahaja bagi perjalanan untuk keluar dari Lembah Klang sebelum cuti Tahun Baharu Cina, tetapi juga bagi perjalanan mereka pulang ke Lembah Klang selepas bercuti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna RFID dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.

“Pastikan anda masuk dan keluar dari plaza tol menggunakan mod pembayaran yang sama, iaitu jika masuk dari plaza tol menggunakan lorong RFID, anda juga mestilah keluar menggunakan lorong RFID,” katanya.

BHonline-

Tags: Kesesakan Lebuh RayaPLUSTTA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ribut Petir Di Tiga Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Next Post

Russia-Belarus Mulakan Latihan Ketenteraan Bersama

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Bhd adalah atas usaha persendirian...

Next Post
Russia-Belarus Mulakan Latihan Ketenteraan Bersama

Russia-Belarus Mulakan Latihan Ketenteraan Bersama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd