• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan SPRM Ke Atas Hakim SRC – Mahkamah Persekutuan Tangguh Penghakiman

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Siasatan SPRM Ke Atas Hakim SRC – Mahkamah Persekutuan Tangguh Penghakiman
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung isu perlembagaan yang dikaitkan dengan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah tertinggi negara yang dianggotai lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, akan menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusan mereka berhubung permohonan rujukan perlembagaan oleh Haris Ibrahim dan dua peguam lain.

Terdahulu hari ini, panel itu – yang dianggotai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan Mohamad Zabidin Mohd Diah, P Nallini dan Rhodzariah Bujang – mendengar hujahan lisan daripada pasukan peguam untuk ketiga-tiga pemohon serta ketiga-tiga responden.

Tiga responden itu ialah SPRM dan ketua pesuruhjayanya Azam Baki serta kerajaan persekutuan.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar mewakili Haris dan dua lagi peguam, Nur Ain Mustapha dan Sreekant Pillai manakala, manakala peguam kanan persekutuan Liew Horng Bin mewakili SPRM, Azam, dan kerajaan persekutuan.

Rujukan permohonan adalah isu sama ada pihak pendakwaan boleh memulakan prosiding mahkamah jenayah terhadap hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah lebih tinggi, dan sama ada pihak pendakwaan boleh memulakan prosiding jenayah terhadap hakim tersebut.

Pada 19 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Haris, Nur Ain dan Sreekant merujuk isu perlembagaan ke mahkamah tertinggi negara.

Ketiga-tiga pengamal undang-undang itu memohon jawapan daripada mahkamah tertinggi berhubung soalan rujukan untuk menyelesaikan tindakan undang-undang utama mereka yang belum selesai di hadapan Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Mei lalu, di hadapan Mahkamah Tinggi, ketiga-tiga peguam itu memfailkan saman pemula berhubung siasatan ke atas Nazlan.

-Malaysia Kini

Tags: Hakim SRCPenghakimanSiasatan SPRMSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd