• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tak Kena Azmin Banding Langkah Kajang, PD Dengan Langkah Sheraton’

oleh AK-47
30/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Tak Kena Azmin Banding Langkah Kajang, PD Dengan Langkah Sheraton’
Share on FacebookShare on Twitter

Adun PKR Kebun Bunga Jason Ong Khan Lee membidas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali kerana membuat perbandingan yang tidak kena.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini apabila bekas pemimpin PKR itu membandingkan Langkah Sheraton dengan gerakan politik Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang dan Port Dickson sebagai “pengkhianatan mutlak.”

Ong berkata Langkah Sheraton merupakan peristiwa suatu kerajaan yang dipilih secara demokratik digulingkan melalui pembelotan di kalangan ahli parlimen, yang membawa kepada ketidakstabilan politik beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebaliknya, Ong (gambar, bawah) berkata PRK Kajang dan Port Dickson melibatkan usaha mendapatkan mandat rakyat.

“Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan Port Dickson bertujuan dan dirancang untuk membolehkan seorang pemimpin yang berkebolehan, berani, reformis dan berwawasan berada dalam kedudukan menerajui kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan sambil mengekalkan kedua-dua kerusi itu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

“Ini dilakukan secara demokratik dengan pengundi boleh menolak calon sekiranya mereka mahu, melalui peti undi,” katanya.

Ong merujuk wawancara Azmin dengan Astro Awani yang disiarkan pada 25 Okt lalu.

Azmin bangkitkan ‘pengkhianatan’ PKR

Azmin menuduh PKR “mengkhianati” pengundi dengan memaksa ahli parlimen yang sedang berkhidmat meletak jawatan, bagi membuka jalan kepada pilihan raya kecil Kajang dan Port Dickson masing-masing pada 2014 dan 2018.

Dalam kedua-dua keadaan, calon PKR – Dr Wan Azizan Wan Ismail dan Anwar Ibrahim masing-masing – mengekalkan kerusi untuk parti itu dengan meraih undi yang meyakinkan.

“Langkah Kajang adalah satu pengkhianatan mutlak, yang mana wakil rakyatnya masih hidup, masih berkhidmat, dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU), tetapi oleh kerana nafsu serakah seseorang, maka dia dipaksa meletak jawatan bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu.

“Begitu juga episod yang berlaku di Port Dickson. Wakil rakyatnya terpaksa meletakkan jawatan kerana memenuhi nafsu serakah seseorang yang mahu menjadi Perdana Menteri. Apakah ini bukan pengkhianatan namanya,” soal Azmin.

“Namun, mereka terpaksa berundur untuk memenuhi kerakusan seseorang yang mahu menjadi perdana menteri. Bukankah itu pengkhianatan?” tanya Azmin.

Pun begitu, Azmin meraih manfaat daripada perebutan kuasa di Selangor dan dilantik sebagai menteri besar pada September 2014.

Bagi Langkah Sheraton pula, keputusan Bersatu dan 10 ahli parlimen PKR yang diketuai Azmin berpaling tadah daripada PH pada Februari 2020 meruntuhkan pentadbiran PH untuk membentuk kerajaan baru bawah teraju Muhyiddin Yassin.

-Malaysia Kini

Tags: Azmin AliLangkah KajangLangkah PDLangkah SheratonPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU15: Balasubramaniam Minta PAS Peruntuk 6 Kerusi Parlimen, 12 DUN Kepada DHPP

Next Post

Enggan Kerjasama: Dr. Mahathir Sekali Lagi Anggap PN, PH Sombong

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

Next Post
Enggan Kerjasama: Dr. Mahathir Sekali Lagi Anggap PN, PH Sombong

Enggan Kerjasama: Dr. Mahathir Sekali Lagi Anggap PN, PH Sombong

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd