• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

oleh AK-47
13/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk ke dalam pengangkutan itu secara percuma bermula 6 Ogos lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha berkata, inisiatif itu merupakan antara usaha KTMB untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Sebelum ini hanya basikal lipat saja yang dibenarkan dibawa masuk dengan dikenakan caj RM2 kepada pengguna.

“Tapi bermula 18 April lalu, kita mengumumkan tiada lagi caj dan pada 6 Ogos lalu pula kita mula membenarkan semua jenis basikal untuk dibawa masuk ke dalam komuter pada luar waktu puncak hari bekerja dan sepanjang masa pada hari minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Seremban Cylo Tourism @ Terokai Seremban Dengan Basikal di Stesen Keretapi Seremban di sini pada Sabtu.

Majlis dirasmikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali.

Menurutnya, KTMB juga dalam perancangan mempromosikan aktiviti berbasikal dengan menaiki komuter bukan saja di Negeri Sembilan tetapi juga Selangor dan Perak.

“Ini kali pertama kita bekerjasama dengan MBS untuk mempromosikan aktiviti berbasikal dalam masa sama memperkenalkan Seremban sebagai destinasi pelancongan menarik.

“Perkhidmatan tren KTMB merangkumi hampir seluruh Semenanjung Malaysia yang menawarkan pelbagai lokasi menarik dan tempat riadah,” katanya.

Sementara itu, Masri berkata, Negeri Sembilan khususnya Seremban mempunyai pelbagai laluan menarik untuk diteroka penggemar sukan berbasikal dari seluruh Malaysia.

“Antara laluan berbasikal yang menarik dan dicadangkan untuk berbasikal adalah di Jalan Temiang- Pantai yang mendapat jolokan New Zealand, Kuala Klawang- Genting Peras, Bukit Miku- Tampin, Sungai Gadut- Rantau dan Rembau- Gemas.

“Saya yakin laluan ini mampu menarik lebih ramai ‘pelancong berbasikal’ ke Seremban dan Negeri Sembilan dengan menggunakan kemudahan KTM Komuter yang disediakan,” katanya.

Selain itu katanya, agensi pelancongan di negeri ini diseru menyediakan pakej pelancongan yang bersesuaian dengan aktiviti berbasikal kerana membuka lebih banyak peluang ekonomi.

-Sinar Harian

Tags: basikalkomuterKTMKtm Komuter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Johnson & Johnson Henti Penjualan Talkum Tahun Depan

Next Post

Kerajaan Cadang Bina Litar Lumba Drag Di Setiap Negeri – PM

Related Posts

Tidak Perlu Cetak Cukai Jalan Digital – JPJ

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna ETS, KTM Komuter Terjejas

13/12/2023
0

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah...

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Basikal Langgar Lori Sampah

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Basikal Langgar Lori Sampah

08/07/2023
0

Seremban : Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas basikal yang ditungganginya dipercayai terlanggar tayar belakang sebuah lori sampah di Taman Pinggiran...

Next Post
Kerajaan Cadang Bina Litar Lumba Drag Di Setiap Negeri – PM

Kerajaan Cadang Bina Litar Lumba Drag Di Setiap Negeri - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd