• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Tiba Di Washington Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS

oleh AK-47
11/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON D.C – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini Selasa (Rabu di Malaysia) untuk lawatan kerja empat hari termasuk pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin ASEAN.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perdana Menteri tiba di Pangkalan Udara Andrew, di sini, pada jam 8.16 malam (jam 8.16 pagi Rabu di Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau kemudian disambut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan pegawai kanan Malaysia ketika tiba di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri akan menyertai Biden, Naib Presiden AS, Kamala Harris dan pemimpin ASEAN lain dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat yang berlangsung selama dua hari di sini, bermula Khamis ini (Jumaat di Malaysia).

Presiden Biden akan menghoskan majlis makan malam untuk pemimpin ASEAN di Rumah Putih pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Ia diikuti pertemuan presiden AS dengan pemimpin ASEAN di Jabatan Negara AS, tempat sidang kemuncak khas, di sini, pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Sidang kemuncak khas itu menandakan ulang tahun ke-45 hubungan dialog ASEAN-AS dan sidang kemuncak khas kedua yang dianjurkan oleh presiden AS di negara ini selepas presiden ketika itu Barack Obama mengalu-alukan pemimpin ASEAN di Sunnylands, California pada Feb 2016.

Ismail Sabri bersama pemimpin ASEAN juga akan menyertai perbincangan dengan naib presiden Harris di Jabatan Negara pada hari Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Perdana Menteri juga akan bertemu Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo dan Wakil Perdagangan AS, Katherine Tai di sini pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Ismail Sabri juga dijadualkan bertemu ketua-ketua industri Amerika serta Majlis Perniagaan dan Dewan Perniagaan AS-ASEAN di sini pada Khamis.

Beliau juga akan mengambil peluang bertemu diaspora Malaysia semasa majlis Hari Raya Aidilfitri Keluarga Malaysia di sini pada Rabu (Khamis di Malaysia).

-Sinar Harian

Tags: Ismail SabripmSidang Kemuncak ASEAN-ASWashington
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Segera Laporkan Pendapatan, Elak Penalti Lewat

Next Post

Barat Ikrar Sumbang AS$6.7 Bilion Untuk Syria

Related Posts

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

10/04/2025
3

Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan dipanggil semula memberi keterangan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

14/03/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini...

Next Post

Barat Ikrar Sumbang AS$6.7 Bilion Untuk Syria

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd