• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Kekal Bayaran Haji RM9,980 Walaupun Kos Meningkat

oleh Mohd Arshad
07/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kadar bayaran haji RM9,980 kepada jemaah Muassasah yang mengerjakan ibadah itu buat kali pertama walaupun kos haji dijangka meningkat kepada lebih RM25,000 tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata pihaknya mengekalkan kadar bayaran sejak 13 tahun lalu walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat setiap tahun.

Beliau berkata, TH menjangkakan kos untuk jemaah menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan meningkat kepada lebih RM25,000 seorang.

“Peningkatan kos berkenaan disebabkan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Ia termasuklah disebabkan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Makkah dan Madinah. Kita menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan.

“TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Namun, setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada 2019 ialah RM22,900 dan peningkatan sebanyak 12 peratus itu sudah mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) yang dinaikkan daripada lima peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan.

Syed Saleh berkata, peningkatan kos itu tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

“Kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.

“Kos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari.

“Hampir semua perkhidmatan ini disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai dan kadar inflasi di sana,” katanya.

Syed Saleh berkata, selain kos langsung yang dinyatakan itu, TH turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas haji.

“Jumlah kos tidak langsung ini sahaja mencecah RM60 juta setiap tahun,” katanya.

Dalam tempoh 2001 hingga 2019, bayaran haji sudah meningkat sebanyak 16 peratus manakala kos haji pula melonjak kepada 139 peratus disebabkan faktor luar kawalan TH.

“Rekod TH menunjukkan RM2 bilion diberikan kepada jemaah haji dalam bentuk bantuan kewangan haji sejak 2001,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saleh memaklumkan walaupun ibadat haji ditangguhkan dua kali akibat penularan COVID-19, TH tetap meneruskan persiapan haji dengan mengambil kira situasi semasa dan perkembangan di Arab Saudi.

“Bakal haji juga harus membuat persediaan awal dari segi kesihatan dan perbelanjaan haji. Pada ketika ini, kerajaan Arab Saudi masih belum membuat pengumuman rasmi berkenaan ibadat haji bagi Musim 1443H/2022M,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bayaran HajiHajiTH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jurulatih Selam Ditemui Selamat

Next Post

12,105 Kes Baru, 32 Lagi Kematian Covid-19

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

15/12/2024
0

ALOR SETAR : Kos mengerjakan haji untuk tahun depan sama ada meningkat atau kekal akan diumumkan Tabung Haji (TH) pagi...

Next Post

12,105 Kes Baru, 32 Lagi Kematian Covid-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd