JOHOR BAHRU : Calon Menteri Besar bagi Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohamad mendahului 4,801 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Hasni memperoleh 8,778 undi mengatasi tiga lagi calon lain, setakat pukul 8.15 malam tadi.
Calon Perikatan Nasional PN) Isa Abdul Hamid pula mendapat 3,977 undi manakala dua lagi calon daripada Pejuang dan PKR masing-masing memperoleh undi bawah 1,000.
-Utusan Online