• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Warisan Tanding Di Enam DUN, Calon Anak Tempatan

oleh AK-47
25/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Buat pertama kali bertanding di luar negeri asalnya, Parti Warisan Sabah (Warisan) akan meletakkan enam calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, enam calon itu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

Beliau berkata, kesemua calon tersebut adalah anak tempatan dan mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan serta pengalaman kerjaya termasuk pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), penasihat undang-undang, aktivis dan juga usahawan.

“Bagi DUN Pekan Nanas kita meletakkan Hishamuddin Busri sebagai calon yang akan bertanding di DUN berkenaan, manakala untuk DUN Bekok akak diwakili Sandra Segaran Aramugan.

“Untuk DUN Mahkota, kita mempertaruhkan Mohamed Noor Suleiman, DUN Johor Jaya, Chen Hain Kai, DUN Bukit Batu, Lee Ming Wen dan DUN Permas, Mohamed Ridza Busu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Calon Warisan PRN Johor 2022 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking, Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong dan Pengerusi Warisan Johor, Suhaimi Salleh.

-Kosmo Online

Tags: Calon Anak TempatanEnam DUNPRN Johorwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PN Sudah Ada Calon Menteri Besar

Next Post

Tok Mat Positif COVID-19

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Next Post

Tok Mat Positif COVID-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd