• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Peratus Tentera Russia Di Sempadan Ukraine Sedia Menyerang – AS

oleh Mohd Arshad
19/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON : Lebih 40 peratus tentera Russia di sempadan Ukraine kini dalam kedudukan untuk menyerang dan Moscow telah memulakan kempen ketidakstabilan, kata seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

AS yang menganggarkan Russia menempatkan lebih 150,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine, telah memerhatikan pergerakan ketara itu sejak Rabu, kata pegawai terbabit yang enggan identitinya didedahkan.

“Sebanyak 40 ke 50 peratus berada dalam posisi menyerang. Mereka telah berpecah dalam perhimpunan taktikal bagi tempoh 48 jam yang lalu,” kata pegawai itu kepada pemberita.

Pegawai itu berkata, Moscow telah mengumpulkan 125 batalion kumpulan taktikal berhampiran sempadan Ukraine, berbanding 60 pada keadaan biasa dan meningkat daripada 80 pada awal Februari.

Tambahnya, peningkatan pertempuran di antara pemisah pro-Russia dan tentera kerajaan Ukraine di wilayah tenggara Donbas di Ukraine, dan dakwaan oleh pegawai di Russia dan Donbas, menunjukkan ‘kempen ketidakstabilan telah bermula’.

Washington sebelum ini memberi amaran sejak beberapa minggu lalu bahawa Russia boleh memprovokasi atau mengada-adakan insiden di kawasan itu untuk dijadikan alasan menceroboh Ukraine.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dalam program ‘This Week’ terbitan ABC News berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin ‘mempunyai beberapa pilihan yang tersedia untuknya dan boleh menyerang dalam masa yang singkat’.

“Saya tidak percaya ia adalah satu penipuan.

“Saya rasa dia mengumpulkan… perkara yang diperlukan untuk melakukan pencerobohan yang berjaya,” katanya.

Moscow sebelum ini menafikan rancangan untuk menyerang, tetapi menuntut jaminan bahawa Ukraine tidak akan sekali-kali menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Untuk rekod, Russia menduduki Crimea pada 2014 yang pada asalnya diiktiraf sebagai sebahagian daripada Ukraine.

-Berita Harian

Tags: Krisis Rusia-Ukraine
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Negeri Sembilan Sumbang Lebih RM500,000 Inisiatif I-Suri KWSP

Next Post

Mengapa Parti Warisan Sabah Sertai PRN Johor?

Related Posts

Malaysia Boleh Main Peranan Penting Galak Keamanan Di Ukraine

Malaysia Boleh Main Peranan Penting Galak Keamanan Di Ukraine

16/08/2023
0

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan keamanan di Ukraine dengan menyokong 'formula perdamaian' 10 perkara yang...

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

05/10/2022
0

ANKARA - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai "penerimaan" wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke...

Next Post

Mengapa Parti Warisan Sabah Sertai PRN Johor?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd