• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Firaun Amenhotep I

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH: Mesir secara digital ‘mendedahkan’ wajah mumia Firaun Amenhotep I, kali pertama, sejak ia ditemukan pada 1881, tanpa mengganggu topeng yang melindunginya.

Dibantu imej tiga dimensi (3D) digital yang canggih, penyelidik menemui teknik mumifikasi baharu yang digunakan untuk firaun yang memerintah sejak tahun 1,500 sebelum Masihi itu.

Penyelidikan itu diketuai oleh Sahar Saleem, profesor radiologi di Universiti Kaherah, dan pakar Mesir terkenal Zahi Hawass yang juga mantan Menteri Antikuiti.

“Saleem dan Hawass menggunakan teknologi sinar-X termaju, pengimbasan CT (ujian imbasan tomografi berkomputer), serta program perisian komputer termaju untuk ‘membuka’ bungkusan mumia Amenhotep I secara digital dalam kaedah bukan invasif yang selamat tanpa perlu menyentuh mumia.

TM, DNB meterai perjanjian percepat pelaksanaan 5G
“Kajian Mesir mendedahkan buat pertama kali wajah Raja Amenhotep I, umurnya, keadaan kesihatan di samping banyak rahsia mumia unik dan pengebumian semula mumia,” kata Kementerian Pelancongan dan Antikuiti dalam satu kenyataan media.

Analisis menunjukkan Amenhotep I adalah firaun pertama yang dimumiakan dengan tangan bersilang dan yang terakhir dengan cara tidak mengeluarkan otak dari tengkorak.

Imbas CT dijalankan mendapati firaun yang menjalankan beberapa kempen ketenteraan semasa pemerintahannya selama 21 tahun itu dipercayai meninggal dunia pada usia 35 tahun kerana kecederaan atau sakit.

Mumianya ditemui di Luxor, selatan Mesir, adalah satu-satunya dengan ikatan ketat yang tidak dibuka oleh ahli arkeologi, untuk memelihara topeng dan kalungan bunga yang mengelilinginya seperti rambut.

BHonline-

Tags: Firaun Amenhotep IMesir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd