• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Untuk Kanak-kanak 5 – 12 Tahun Amat Penting – Pakar

oleh Mohd Arshad
21/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam melindungi keselamatan anak-anak mereka yang berusia antara 5 hingga 12 tahun daripada dijangkiti COVID-19.

Sehubungan itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar menggesa ibu bapa agar mengambik peluang program vaksinasi yang akan dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kanak-kanak pada usia berkenaan.

Menurut beliau, adalah penting untuk kanak-kanak diberi suntikan vaksinasi memandangkan data yang dikeluarkan oleh KKM menunjukkan sekitar 500,000 golongan itu sudah dijangkiti COVID-19.

Manakala, dianggarkan hampir 260,000 kanak-kanak pada lingkungan usia itu pula antara yang dijangkiti wabak berkenaan.

“Ada juga berlaku kematian 31 kes melibatkan kanak kanak 5 hingga 12 tahun akibat jangkitan COVID.

“Data juga menunjukkan kalau kanak-kanak dapat COVID-19 mereka ada dua risiko… pertama sakit COVID-19, kemudian mereka terdedah long COVID-19 iaitu kesan jangka masa panjang,” jelasnya
dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat.

Tambah Dr Zainal Ariffin, kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 12 tahun antara yang terdedah dengan risiko jangkitan terutama di kawasan tadika dan sekolah.

“Kita kena ingat risiko anak-anak kita adalah real, kedua kita ingat ada kesan sampingan daripada vaksin macam mana kita berikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG), 5 serangkai, Tetanus, Polio dan sebagainya banyak kita bagi pada anak kita.

“Jadi vaksinasi COVID-19 ikhtiar melindungi anak daripada COVID-19, dulu pun ada kesan sampingan sekarang pun ada.

“Tapi bila kita seimbangkan kesan sampingan dengan risiko penyakit itu, kita di Malaysia beri pertimbangan anak kita lindungi daripada COVID-19, walaupun ada risiko penting kita beri perlindungan,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zainal Ariffin berkata, formulasi vaksin COVID-19 Comirnaty yang akan digunakan merupakan vaksin yang khas untuk kanak-kanak.

Malah, jelas beliau, beberapa negara lain juga telah berjaya memperlihatkan keberkesanan selepas kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun divaksin.

“Vaksinasi kanak kanak mengunakan vaksin Pfizer mempunyai dos rendah lebih rendah daripada orang dewasa.

“Vaksin (Pfizer) telah diguna pakai di negara lain seperti di Amerika Syarikat, Singapura, Kanada dan negara lain… jadi kita sudah melihat bukti keberkesanannya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari.

Jelas Khairy, keputusan itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak.

Jelasnya, setiap dos yang akan diberikan adalah 0.2 mL dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA kepada setiap kanak kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Malah setiap kanak kanak yang mendapatkan suntikan pertama, memerlukan suntikan kedua dos vaksin itu selepas lapan minggu.

Awani-

Tags: Covid-19Khairy JamaluddinKKMvaksinasi kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4,046 Kes Covid-19 Hari Ini

Next Post

Lelaki Iran Dipercayai Dalang Sindiket Pemalsuan Dokumen Ditahan

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Lelaki Iran Dipercayai Dalang Sindiket Pemalsuan Dokumen Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd