• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Mohon Tangguh 5G, Mahu Kaji Gangguan Terhadap Pesawat

oleh Mohd Arshad
02/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON : Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) meminta pengendali telekomunikasi AT&T dan Verizon untuk menangguhkan pelancaran rangkaian komunikasi 5G sehingga dua minggu lagi.

Tindakan itu didorong oleh ketidakpastian kesan teknologi jalur lebar berkelajuan tinggi itu terhadap peralatan penting keselamatan penerbangan.

Dua syarikat berkenaan semalam memaklumkan sedang meneliti permintaan terbabit.

Pelancaran teknologi jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi di AS itu ditetapkan pada 5 Disember lalu tetapi ditangguhkan kepada 5 Januari selepas gergasi aeroangkasa, Airbus dan Boeing, membangkitkan isu keselamatan.

Syarikat pembuat pesawat itu bimbang kemungkinan berlaku gangguan terhadap peranti yang digunakan untuk mengukur tahap ketinggian pesawat.

Setiausaha Pengangkutan AS, Pete Buttigieg dan pentadbir Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Steve Dickson, memohon penangguhan terkini dalam surat yang dihantar kelmarin kepada dua pengendali telekomunikasi terbesar di negara itu, AT&T dan Verizon.

Surat berkenaan meminta syarikat itu menghentikan sementara pelancaran perkhidmatan C-band komersial, julat frekuensi yang digunakan untuk 5G selama tidak lebih dua minggu lagi selepas tarikh dijadualkan pada 5 Januari.

Jurucakap Verizon, Rich Young, memberitahu AFP bahawa pihaknya menerima surat daripada kerajaan selepas jam 6 petang (waktu tempatan) ketika sambutan tahun baharu dan kini dalam proses pertimbangan.

Dalam surat itu, pegawai AS memberi jaminan kepada syarikat berkenaan bahawa perkhidmatan 5G akan dapat dimulakan ‘seperti yang dirancang pada Januari dengan pengecualian tertentu di sekitar lapangan terbang yang diberi keutamaan’.

Tambahnya, keutamaan mereka adalah bagi ‘melindungi keselamatan penerbangan, sambil memastikan penggunaan 5G dan operasi penerbangan boleh wujud bersama’.

Februari lalu, Verizon dan AT&T mendapat kelulusan untuk mula menggunakan jalur frekuensi 3.7-3.8 GHz pada 5 Disember, selepas memperoleh lesen bernilai puluhan bilion dolar.

Bagaimanapun, tarikh pelancarannya ditangguhkan pada Januari apabila Airbus dan Boeing membangkitkan kebimbangan kemungkinan gangguan terhadap altimeter radio kapal terbang yang boleh beroperasi pada frekuensi sama.

Susulan itu, FAA meminta maklumat lanjut berhubung instrumen berkenaan dan mengeluarkan arahan mengehadkan penggunaan altimeter dalam keadaan tertentu, yang mencetuskan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap potensi peningkatan kos.

Dalam pada itu, pada Februari lalu, konflik antara rangkaian 5G dan peralatan pesawat menyebabkan pihak berkuasa Perancis mengesyorkan telefon mudah alih dengan 5G dimatikan ketika berada di dalam pesawat.

Pihak berkuasa penerbangan awam Perancis berkata, gangguan daripada isyarat pada frekuensi berdekatan dengan altimeter boleh menyebabkan kesilapan ‘kritikal’ ketika pesawat mendarat.

-Berita Harian

Tags: 5GAmerika Syarikatpesawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TMJ Tanpa Majlis Perasmian Bantuan Banjir

Next Post

RFID Perlu Lebih Promosi Dan Penjelasan

Related Posts

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

04/03/2025
3

BEIJING - China telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Amerika Syarikat (AS) di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)...

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Next Post

RFID Perlu Lebih Promosi Dan Penjelasan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd