Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Pegawai Polis Berpangkat ASP...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen...

Dipenjara Tiga Bulan Kerana...

KUALA TERENGGANU - Dua sahabat termasuk seorang bekas anggota polis terpaksa merengkok di...

E-Hailing: Persatuan Teksi Kecewa...

KUALA LUMPUR - Keputusan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook...

KJ Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis...

390,000 Peluang Pekerjaan Telah Dicipta – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Sebanyak kira-kira 390,000 peluang pekerjaan telah dicipta sehingga September tahun ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, jumlah itu adalah sebahagian daripada sasaran kerajaan untuk mencipta 500,000 peluang pekerjaan di negara ini.

“Kadar pegangguran sejak 10 tahun yang lalu sebelum tahun 2020 adalah berada di antara 3 ke 3.5 peratus. Itu adalah kadar purata kadar pengangguran di negara kita (ketika itu).

“Kerana itu kita menyasarkan jumlah penciptaan pekerjaan tahun ini sahaja sehingga setengah juta atau 500,000 pekerjaan.

“Sehingga September sahaja, kerajaan telah mencipta sebanyak 390,000 peluang pekerjaan baharu.

“Akan tetapi, isu sebenar bukan penciptaan pekerjaan tetapi mengenai penggangguran belia. Kadar pekerjaan melibatkan golongan belia adalah dua kali ganda, kadang-kadang tiga kali ganda dari kadar pengangguran di negara ini,” kata beliau.


Jelas Tengku Zafrul, kerajaan melihat situasi yang mana negara berjaya menghasilkan graduan universiti, namun ianya juga harus diseimbangkan dengan kadar mendapat pekerjaan.

Berkata demikian dalam program Common Sense @ AWANI menjelang pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober ini.

Sesi itu turut disertai oleh golongan belia dari pelbagai agensi dan latar belakang. – Astro AWANI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori