Tuesday, November 5, 2024

Creating liberating content

Jika MH370, MH17 Dan...

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa  atau sesuatu...

Video: Nelson Column Turut...

TUGU Nelson atau lebih dikenali sebagai  Nelson Column, bertukar menjadi "LightSaber gergasi" gara-gara turut dijangkiti...

Intan Sarafina Belum Mengaku...

PENYANYI, Intan Sarafina akur, kemunculan semula menerusi program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim...

Tangan Tersangkut Dalam Lubang...

SEORANG lelaki warga asing berusia 40-an di Klang, Selangor mengalami detik cemas apabila...

Hutang Negara Naik RM37.9 Bilion Dalam 3 Bulan Suku 1 2021

Dari Facebook Najib Razak

MINGGU lepas, BNM keluarkan laporan fiskal bagi Suku 1 tahun 2021.

Suku ini hampir sepenuhnya di bawah perintah darurat di mana akta kewangan telah digantung oleh ordinan Darurat dan kerajaan boleh berbelanja sesuka hati tanpa mengikut bajet dan dipantau parlimen.

Hutang langsung negara naik RM37.9 bilion dalam 3 bulan suku 1 2021 sahaja ke RM917.5 bilion.

Pada tahun lepas, hutang negara naik dari RM823.8 bilion pada akhir suku 1 2020 ke RM879.6 bilion pada akhir suku 4 2020.

Iaitu kenaikan RM55.8 bilion dalam tempoh 3 suku atau purata kenaikan RM18.6 bilion setiap suku.

Tahun 2020 lepas masa PKP 1.0, paling banyak bantuan diberi kerajaan tapi tak ada darurat. Hutang naik purata RM18.6b setiap suku.

Tahun 2021 pula, darurat + PKP 2.0 dilaksana di mana bantuan tidak seberapa tapi hutang naik RM37.9 bilion pula dalam tempoh 3 bulan sahaja.

Itupun sebelum ambil kira penjualan aset negara, korek tabung KWAN dan duit Petronas.

Perhatikan juga laporan BNM yang sama bagi tahun 2017 masa BN.

Hutang negara RM686.8 bilion dan nisbah hutang kepada KDNK jelas diberi sebagai 50.8%. (Hutang negara sudah naik 34% atau RM231 bilion selepas PRU14)

Tapi nisbah hutang ini tidak lagi dinyatakan dalam laporan BNM tahun 2021.

Kenapa?

Nisbah hutang negara pada akhir suku 1 tahun 2020 telah naik ke 64.6%


Pada bulan Ogos tahun lepas, RUU kerajaan PN untuk naikkan had hutang dari 55% ke 60% berjaya diluluskan dalam kerajaan.

Pada akhir tahun 2020 pula, had 60% telah dicecah dan menjadi 62.2%.

Masa itu, saya suruh kerajaan PN untuk usulkan sekali lagi untuk naikkan had hutang dari 60% ke 65% supaya tidak melanggar undang-undang kerajaan sendiri.

Tapi kerajaan PN tak layan.

Lalu nisbah hutang naik lagi ke 64.6%.

Kuasa darurat melindungi kerajaan walaupun bajet negara dibuat kerajaan PN sendiri teruk terpecah dan had hutang dinaikkan sendiri diketepikan begitu sahaja.

Tak apa. Bukan dorang yang perlu bayar balik hutang ini masa depan pun. Pinjam pun pinjamlah. Itu hak kerajaan.

Paling pelik ialah suku 1 tahun 2021 ini, begitu banyak dipinjam.

Tapi bantuan PKP 2.0 tak seberapa. Duit entah sudah guna di mana.

Dalam suku 2 ini pula, lagi banyak dipinjam dan tabung KWAN dikorek.

Dan bantuan untuk PKP 3.0 setakat ini pula hanya panggilan telefon percuma untuk tempoh 12 jam pada malam Raya dari 10 malam hingga 10 pagi walaupun panggilan telefon sebenarnya sudah unlimited call dari dulu lagi.

Kategori