Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

‘Tadi Aku Dah Kata...

ANAK merupakan anugerah yang tidak ternilai dan merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu...

Masjid Sultan Iskandar Masjid...

JOHOR BAHRU - Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini menjadi masjid...

Komitmen Lain Halang Saya...

IPOH - Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini menjelaskan komitmen yang...

Cemas, Bila Kepala Budak...

Kelakuan dan gelagat kanak-kanak sememangnya suatu perkara yang tidak boleh kita jangka, lagi-lagi...

Berbuka Di Luar, Bukan ‘Tiket’ Lupa Diri

KUALA LUMPUR – Ramadan tiba lagi. 

Mengimbau saat menyambut bulan penuh mulia ini pada tahun lalu, pasti ramai yang akan mengenang peristiwa perlu ‘berkurung’ dan hanya berbuka puasa di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. 

Tiada istilah berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan-rakan baik di hotel atau restoran malahan operasi bazar Ramadan turut tidak dibenarkan.

Pada waktu itu yang dibenarkan hanyalah membungkus atau memesan makanan dan masing-masing berbuka di kediaman sendiri. 

Kini, setahun berlalu dan negara masih berjuang menentang pandemik Covid-19. 

Cuma bezanya puasa pada kali ini, terdapat negeri yang dalam kawasan PKP, PKP Diperketatkan (PKPD), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP). 

Suasana sambutan Ramadan kembali dirasai apabila kerajaan membenarkan operasi restoran dan hotel serta bazar Ramadan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dengan kebenaran itu, hakikatnya, yang perlu menjadi keutamaan rakyat ketika ini ialah terus kekal menjaga SOP. 

Jangan sesekali leka dengan menjadikan kebenaran untuk berbuka atau bersahur di luar beramai-ramai sebagai ‘tiket’ untuk lupa diri. 

Kita masih ‘belum menang’ menentang pandemik ini, namun pada masa sama sektor ekonomi juga perlu kembali digerakkan supaya tidak terus memberi kesan kepada masyarakat dan negara. 


Bagi pemain industri, kebenaran untuk kembali beroperasi khususnya semasa bulan Ramadan umpama sinar baharu selepas setahun berdepan episod suram apabila pendapatan terjejas selain tidak dapat menyajikan menu istimewa buat pelanggan.

Kerajaan membenarkan semua restoran, warung, gerai, kedai makan termasuk ‘coffee house’ di dalam hotel serta kedai makanan segera dan perkhidmatan penghantaran di negeri-negeri dikenakan PKPB dan PKPP beroperasi sehingga pukul 6 pagi sepanjang bulan Ramadan ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu diberikan bagi membolehkan orang ramai terutama golongan bujang mendapatkan makanan untuk bersahur. 

Bagaimanapun, bagi premis makanan di dalam kompleks beli-belah atau pasar raya, ia tertakluk kepada waktu operasi bangunan. 

Ismail Sabri turut berkata penganjuran majlis berbuka puasa dibenarkan seperti bufet Ramadan di hotel, restoran dan premis makanan dengan SOP yang ketat. 

Hidangan set ‘dome’ digalakkan bagi majlis berbuka namun bagi hidangan secara bufet, pramusaji dikehendaki menyendukkan makanan kepada pelanggan. 

Bilangan kehadiran bagi bufet Ramadan di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan dengan syarat ada penjarakan fizikal antara pengunjung dan SOP kedudukan meja perlulah dua meter (jarak antara satu meja ke meja lain).

Untuk majlis berbuka puasa di pejabat dan dewan, kapasiti 50 peratus daripada keluasan tempat bagi kawasan PKPB, manakala 100 peratus di kawasan PKPP mengikut SOP yang ditetapkan. – BERNAMA

Kategori