Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Petani Perlu Cantum Kebun,...

PUTRAJAYA - Kerajaan berhasrat melaksanakan konsep pertanian estet dengan lebih meluas di seluruh...

Identiti 4 Penyelam Warga...

MERSING - Identiti empat warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau...

Raja Saudi Taja Haji...

RIYADH - Persiapan kini sedang giat dijalankan bagi menyambut ketibaan 1,000 saudara-mara kepada...

Kereta Api Rempuh Bas...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak maut manakala tujuh lagi cedera parah pada...

367,213 Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Seramai 367, 213 individu di negara ini menerima dos pertama vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, melalui ciapan di Twitter, berkongsi angka berkenaan berdasarkan maklumat daripada daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Daripada jumlah itu, Selangor mendahului sebagai penerima tertinggi dos pertama vaksin dengan 45, 854 individu diikuti Perak (42,227) dan Kuala Lumpur (33,500).

Selain itu, Sabah merekodkan 36,443 individu menerima dos pertama, Sarawak (32,665), Johor (27,131), Pahang (26,574), Kedah (25, 492), Pulau Pinang (22,037), Kelantan (17,904), Negeri Sembilan (15,958) dan Terengganu (15, 726).

Negeri lain termasuk Melaka iaitu 9,954, Perlis (8,795), Putrajaya (4,611) dan Labuan (2,342).


Malaysia kini berada dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan 24 Februari dan menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan, bermula penghujung Februari lalu hingga April depan.

Fasa 2 imunisasi dijadualkan bermula April hingga Ogos depan membabitkan kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa 3 dijadual bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan membabitkan sekitar 13.7 juta penduduk di neagra ini berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing. – BH Online

Kategori