• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MUDA Gagal Cabar Tindakan RoS Tolak Pendaftaran Parti

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu hari ini gagal memperoleh kebenaran mahkamah bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak permohonan mereka untuk mendaftarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti politik.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan pengasas MUDA itu serta 12 individu.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly berkata mahkamah mendapati pemohon gagal mematuhi peruntukan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 susulan permohonan mereka untuk mendaftarkan MUDA sebagai sebuah parti politik ditolak RoS.

“Mahkamah menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman pemohon dengan kos RM2,000,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas keputusan permohonan itu di hadapan Mariana menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Pada 25 Januari lepas, AGC membantah permohonan itu atas alasan pemohon tidak merayu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin terlebih dahulu sebelum memfailkan semakan kehakiman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan dan MUDA mempunyai tempoh 30 hari bermula 6 Januari untuk mengemukakan rayuannya.

Pada 12 Januari lepas, mereka telah memfailkan permohonan semakan itu dengan menamakan RoS dan Menteri Dalam Negeri, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua serta memohon perintah untuk membatalkan keputusan RoS yang menolak pendaftaran MUDA sebagai pertubuhan di bawah kategori parti politik menurut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama semakan kehakiman, berkata pihaknya menerima surat daripada RoS pada 6 Jan lepas yang menyatakan  permohonan MUDA tidak mematuhi Jadual Pertama Akta Pertubuhan 1966 dan permohonan ditolak mengikut Seksyen 7 (3) (e) Akta Pertubuhan 1966.

“Terdapat kelalaian daripada pihak RoS untuk menjelaskan secara terperinci perenggan kecil atau peruntukan mana di bawah Jadual Pertama yang tidak dipatuhi oleh MUDA. Penaja-penaja MUDA tidak dapat mengetahui akan ketidakpatuhan yang dikatakan itu dan tidak dapat membetulkannya.

“MUDA telah mematuhi sepenuhnya semua peruntukan Jadual Pertama Akta Pertubuhan 1966. Oleh itu, tidak ada asas untuk menolak permohonan pendaftaran MUDA,” katanya. – BERNAMA

Tags: mudaROS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buat Ujian Saringan, Cegah Kanser Dari Awal

Next Post

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

17/01/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. untuk merujuk...

Next Post

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd