• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Samad Bersalah Atas 9 Tuduhan Rasuah RM3 Juta

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam keputusannya mendapati pembelaan Mohd Isa, 71, hanya merupakan penafian semata-mata dan tertuduh juga gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. 

“Dengan ini, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

“Oleh itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata hakim Mohd Nazlan.

Hakim Mohd Nazlan berkata mahkamah juga mendapati pembelaan tertuduh bahawa saksi pendakwaan ke-21 (SP21) Muhammad Zahid Md Arip (bekas pegawai khas politik Mohd Isa) yang merupakan saksi berkepentingan telah mengenakan ‘implicated’ tertuduh di dalam kes ini, adalah difikirkan kemudian.

“Pembelaan tertuduh bahawa SP21 berkomplot dengan saksi lain untuk berkongsi wang RM2 juta adalah tidak bermerit dan tidak boleh diterima,” kata hakim itu.

Mohd Isa didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini, antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz manakala peguam Datuk Salehuddin Saidin mengetuai barisan pembelaan. – BERNAMA

Tags: FeldaIsa Samadrasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Bangunkan 2 Teknologi Kesan Virus Covid-19

Next Post

Rasuah RM33.45 Juta: Bekas Pengerusi Mara Inc Bakal Didakwa

Related Posts

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Next Post

Rasuah RM33.45 Juta: Bekas Pengerusi Mara Inc Bakal Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd