• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,472 Positif Covid-19, 3 Kematian, 1,552 Sembuh

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari pertama Disember terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia apabila 1,472 kes direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 67,169 dengan kebolehjangkitan adalah 10,495 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,467 kes pula merupakan penularan tempatan.

“Kes sembuh hari ini sebanyak 1,552 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 56,311 kes atau 83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Secara keseluruhan dalam tempoh seminggu yang lalu, negeri di seluruh negara menunjukkan jumlah kes harian yang lebih stabil.

“Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan kebelakangan ini adalah berpunca dari tapak binaan dan kilang dan angka ini susulan perluasan pengesanan kes secara aktif dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan di lapangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Teratai merekodkan sebanyak 778 kes daripada keseluruhan jumlah kes harian dan menyumbang kepada 87.3 peratus daripada kes harian yang dilaporkan di Selangor.

Katanya, sejak 7 November lalu, seramai 6,603 individu disaring bagi Kluster Teratai dengan 5,056 kes dikesan positif.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes membabitkan 331 warganegara dan 4,725 kes pula bukan warganegara. 

“Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan tiga kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 363 kes.

“Kematian membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 24 hingga 64 tahun di Sabah dan dua daripada mereka mempunyai rekod penyakit darah tinggi, kencing manis, kanser dan jantung,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 120 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 44 kes memerlukan bantuan pernafasan. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian Diarah Kemuka Perancangan Projek Tahun 2021

Next Post

Perikatan Nasional Setuju Cadang Bentuk Majlis Presiden

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Next Post

Perikatan Nasional Setuju Cadang Bentuk Majlis Presiden

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd