• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM33.4 Bilion Bagi Projek Pembangunan Setakat 16 Ogos

oleh
03/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM33.4 bilion atau 48.48 peratus, daripada RM69 bilion yang diperuntukkan bagi projek pembangunan kerajaan tahun ini, telah dibelanjakan setakat 16 Ogos, 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata bagaimanapun perbelanjaan itu belum mencapai separuh daripada jumlah yang telah diperuntukkan untuk tahun ini walaupun telah memasuki September.

“Perbelanjaan ini tidak sampai separuh dan ini menjadi isu kepada kerajaan kerana kita mahu menggerakkan ekonomi, ada banyak sebab yang telah menjejaskan prestasi antaranya penularan pandemik COVID-19.

“Bagaimanapun, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi mempercepatkan projek pembangunan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan menghadiri taklimat mengenai projek naik taraf asrama 14 tingkat dan podium Majlis Sukan Negara (MSN), di sini hari ini.

Lawatan itu adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemantauan di peringkat akar umbi dijalankan secara berkala bagi meneliti perkembangan semasa susulan pembukaan semula ekonomi negara.

Mustapa berkata bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, nilai projek pembangunan kerajaan dan swasta menyusut kepada RM32 bilion daripada RM62 bilion untuk tempoh yang sama 2019.

“Berlaku penguncupan dalam sektor pembinaan pada tahun ini iaitu sebanyak 44.5 peratus dan ia adalah peratusan penguncupan yang besar pada suku kedua tahun ini dan ekonomi kita juga menguncup sebanyak 17.1 peratus.

“Kita harap pada suku ketiga dan keempat, sektor ini dapat dipulihkan menerusi tindakan yang telah dilakukan oleh JKR seperti mempercepatkan proses pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) bagi menbolehkan projek dimulakan, yang sebelum ini ambil masa tujuh hingga lapan bulan tapi sekarang disingkatkan kepada tiga hingga empat bulan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sejak Jun tahun ini sebanyak 251 tender projek pembangunan yang bernilai RM7 bilion telah dikeluarkan, manakala 133 tender masih belum dapat dikeluarkan.

“Diharapkan SST juga dapat dikeluarkan untuk 251 projek tersebut menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan projek-projek itu dimulakan dan ia akan membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Mengenai lawatan hari ini, projek menaik taraf asrama 14 tingkat yang boleh menempatkan sebanyak 350 orang dan satu blok podium tiga tingkat bagi kemudahan atlet negara tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 30 Okt ini.

Setakat ini projek bernilai RM10 juta itu mencatatkan kemajuan sebanyak 94 peratus.

Ia dimulakan pada Ogos 2016 dan sepatutnya siap pada 2018, bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang menyebabkan kelewatan projek antaranya, bentuk muka bumi berbatu, masalah reka bentuk, berlaku peralihan kerajaan, penutupan jalan semasa berlangsungnya Sukan SEA pada 2017 dan dihentikan seketika semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamedprojek pembangunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lantikan KP SPRM Dibuat Melalui Undian Ahli Parlimen

Next Post

Mira Filzah Kini Isteri Orang

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

MA63: Sabah, Sarawak Boleh Tentukan Projek Pembangunan Bawah RM50 Juta

MA63: Sabah, Sarawak Boleh Tentukan Projek Pembangunan Bawah RM50 Juta

04/01/2023
0

Putrajaya hari ini bersetuju untuk menyerahkan kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan ketetapan sepenuhnya sebarang projek bernilai bawah daripada RM50...

Next Post

Mira Filzah Kini Isteri Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd