• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkatkan Amalan 3W, Jauhi 3S, 3C

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan pendekatan 3W dengan mengelakkan 3S atau 3C sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata konsep 3W merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

Katanya, peringatan itu termasuk elak bersalaman dan bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, dapatkan rawatan segera jika bergejala, duduk di rumah serta elakkan amalan kunjung-mengunjung.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Elakkan 3S dan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

“Selain itu, ingatlah kepada S.O.P. S ialah syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). O pula orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi.

“Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan. P pula penjarakan sosial diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya satu meter,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan semasa jangkitan wabak itu di dalam dan luar negara melalui maklumat diperolehi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan terkini.

“KKM juga akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Tags: Covid-19KKMSOPwho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Hotspot Tracker’ Kesan Kes Positif COVID-19 Radius 1km

Next Post

Kadar Jangkitan COVID-19 Pada 9 Jun Jadi Penentu

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Next Post

Kadar Jangkitan COVID-19 Pada 9 Jun Jadi Penentu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd