• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai Di Plaza Tol

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup semua operasi kemudahan tambah nilai di Pusat Khidmat Pelanggan dan lorong tambah nilai di semua plaza tol sistem tertutup dan sistem terbuka di lebuh raya kendaliannya bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara kemudahan tambah nilai itu bermula 18 Mac hingga 31 Mac merupakan strategi menjarakkan diri secara selamat untuk mengurangkan risiko jangkitan antara kakitangan di plaza tol dan pelanggan lebuh raya.

“Sehubungan itu, PLUS menasihatkan agar pelanggan lebuh raya merancang perjalanan mereka terlebih dahulu dengan menambah nilai kad Touch ‘n Go lebih awal di pusat tambah nilai yang disediakan di seluruh negara.

“Kemudahan tambah nilai antaranya menerusi Kiosk Layan Diri (SSK) yang terdapat di 67 lokasi di kawasan rehat dan rawat terpilih, mesin ATM, stesen minyak terpilih, kedai serbaneka serta lain-lain lokasi di luar ekosistem lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, PLUS menjelaskan walaupun semua R&R PLUS pada ketika ini dibuka, ia terhad kepada perkhidmatan jualan makanan dan minuman secara bungkus sahaja dan semua ruang makan di medan selera ditutup kepada orang ramai bagi mengelak pelanggan berkumpul.

Sementara itu proses disinfeksi, sanitasi dan pembersihan di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) oleh agensi yang berkaitan telah selesai kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi setelah seorang kakitangan di plaza tol berkenaan disahkan positif Covid-19 semalam.

Bagaimanapun, plaza tol tersebut masih ditutup sepenuhnya sehingga tengah malam ini bagi menyusun dan menyediakan semula peralatan operasi untuk persediaan pembukaan tol plaza.

Pengguna dari sekitar Shah Alam, Batu Tiga dan kawasan sekitar yang ingin memasuki lebuh raya ELITE untuk ke KLIA, Putrajaya atau selatan dinasihatkan supaya berbuat demikian menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield.

Semalam, seorang kakitangan Plaza Tol Ebor (plaza masuk) di Shah Alam yang bertugas sebagai pembantu khidmat pelanggan disahkan positif jangkitan Covid-19.

Tags: Covid-19lorong tambah nilaiPLUS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Covid-19 Sayang Manusia, Guna Sebagai Perumah

Next Post

Arab Saudi Larang Solat Jemaah Dan Jumaat

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

PLUS Laksana Tol MLFF Atas Usaha Persendirian – Ahmad Maslan

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Bhd adalah atas usaha persendirian...

Next Post

Arab Saudi Larang Solat Jemaah Dan Jumaat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd