• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Mula Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan.

Beliau tiba jam 9.30 pagi di Dataran Wisma Pertahanan di Jalan Padang Tembak di sini, disambut timbalannya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang turut memulakan tugas rasminya hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Affendi Buang serta panglima-panglima perkhidmatan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan kemudiannya menerima tabik hormat kawalan kehormatan utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.

Sebaik tiba, beliau mengimbas kad sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu dan mengaminkan bacaan doa serta beramah mesra dengan petugas kementerian.

Ismail Sabri dan Ikmal Hisham yang masing-masing dilantik Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Melawati di sini, Selasa lalu.

Tags: Ismail Sabri Yaakobmenteri pertahananperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tom Hanks, Rita Wilson Positif Koronavirus

Next Post

Kertas Putih Pertahanan Panduan Utama Pelaksanaan

Related Posts

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

05/03/2023
0

ALOR SETAR: UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuktikan badan itu menerima usul dibuat ketika Persidangan...

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

18/11/2022
0

Sukar untuk menafikan Perikatan Nasional (PN) tampak seolah-olah begitu banyak dana untuk berdepan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ikuti...

Next Post

Kertas Putih Pertahanan Panduan Utama Pelaksanaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd