• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Diadakan Untuk 2 Kerusi PPBM Di Pulau Pinang

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua pilihan raya kecil mungkin diadakan di Pulau Pinang selepas PPBM meninggalkan Pakatan Harapan kerana kerusi Teluk Bahang dan Bertam yang dimenangi parti itu dianggap kosong di bawah undang-undang anti-lompat parti 2012, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, Khalib Mehtab Mohd Ishaq daripada PPBM bertanding di kerusi Bertam dan Zulkifly Md Lazim di kerusi Teluk Bahang di bawah tiket PH pada pilihan raya umum 2018.

Bagaimanapun, Chow berkata, ketidakstabilan politik yang sedang berlaku tidak menjejaskan Dewan Undangan Negeri, di mana DAP mempunyai 19 daripada 40 kerusi, PKR (14) dan Amanah (2), manakala kerusi lain dimenangi PPBM (2), UMNO (2) dan PAS (1).

Katanya, beliau sudah membincangkan isu itu dengan penasihat undang-undang negeri.

Beliau berkata, ketika menghadap Yang di-Pertua Negeri, Abdul Rahman Abbas selama 20 minit hari ini, beliau memaklumkan situasi politik di Pulau Pinang “sangat stabil”.

Pulau Pinang ialah satu-satunya negeri yang meluluskan Enakmen Perlembagaan negeri (Pindaan) 2012 bagi menghalang amalan lompat parti dalam kalangan Adun.

Seksyen 14(A)(1) enakmen itu menyatakan Adun yang melompat parti perlu mengosongkan kerusinya jika:

  • Selepas dipilih sebagai calon sebuah parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat atau diberhentikan atas sebarang alasan bagi apa jua sebab untuk menjadi ahli parti itu atau
  • Selepas dipilih sebagai Adun bebas, ahli itu menyertai sebuah parti politik.

Chow berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dan speaker DUN untuk memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai 2 kerusi kosong itu serta mengadakan PRK.

Semalam, Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin mengumumkan parti itu meninggalkan PH, susulan perkembangan politik yang menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi PPBM.

Yang di-Pertuan Agong kemudiannya melantik Mahathir sebagai perdana menteri sementara. – FMT

Tags: Chow Kon YeowDAP Pulau PinangPilihan Raya KecilPPBM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ke Taiwan Dengan Serendah RM2,000

Next Post

Kerajaan Baharu Tanpa Pembangkang?

Related Posts

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

05/05/2023
0

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak...

Next Post

Kerajaan Baharu Tanpa Pembangkang?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd