Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Sari Yanti Selesa Solo,...

PELAKON cantik Sari Yanti yang kini berstatus solo masih lagi belum berfikir untuk...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS)...

Budak Maut Selepas Diserang...

BRAZIL – Kegembiraan seorang budak perempuan berusia enam tahun yang menghabiskan cuti dengan mengayuh...

Komited Selesai Masalah Infrastruktur...

PETALING JAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk menyelesaikan permasalahan penduduk Projek...

Masjid Sultan Iskandar Masjid Pelancongan Pertama Di Malaysia

JOHOR BAHRU – Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) merangkap Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, pengisytiharan berkenaan adalah seiring dengan pengiktirafan pensijilan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Ia menjadikan masjid berkenaan sebagai premis kedua di negeri ini yang diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet (JPO).

“Sememangnya sudah menjadi misi utama JCorp melalui Masjid Sultan Iskandar yang berperanan sebagai medium bagi menyampaikan keindahan dan kefahaman syiar Islam dengan lebih mendalam khususnya kepada masyarakat Islam dan juga bukan Islam.

“Selain itu, seiring dengan Tahun Melawat Johor 2020 juga, Masjid Sultan Iskandar menyasarkan 40,000 pelancong tempatan dan asing pada tahun hadapan,” katanya ketika berucap pada majlis pengisytiharan masjid itu sebagai masjid pelancongan dan pelancaran Buku Mutiara JCorp, di sini, hari ini.

Turut hadir Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Bukhari Abdul Rahman, Pengerusi Mutiara JCorp, Datin Noor Laila Yahaya serta Ketua Unit Pembangunan Industri MOTAC, Zalina Misdi.

Dalam majlis sama, beliau berkata pelancaran buku Mutiara Jcorp berjudul ‘Warkah Untuk Ibu‘ dan ‘Setelah Nafas Terhenti’ diharap dapat memberikan suntikan ilmu dan memberi panduan seterusnya melengkapkan lagi status masjid berkenaan sebagai pusat komuniti setempat dan masjid pelancongan.

“Bersempena dengan pengiktirafan masjid pelancongan ini juga, Masjid Sultan Iskandar turut menyediakan fasiliti Galeri An-Nur yang mempamerkan bahan mengenai agama Islam selain sebuah bilik teater bagi memberikan kepuasan maksimum kepada pengunjung-pengunjung untuk mendalami konsep-konsep Islamiah.”


Katanya lagi, bagi memantapkan lagi tadbir urus masjid secara profesional pula, Waqaf An-Nur Corporation Bhd. telah mengambil inisiatif dengan membariskan petugas-petugas masjid selaku pemandu pelancong bagi memberikan pendedahan kepada pengunjung dan pelancong yang hadir sebagai platform interaksi dua hala seperti sesi soal jawab, demonstrasi dan sebagainya.

Dalam perkembangan berlainan, Kamaruzzaman berkata, sebuah masjid akan dibina di kawasan tempat letak kereta antara Komtar dengan Menara Johor Land yang dianggarkan mampu memuatkan 750 jemaah dalam satu masa.

“Di situ (roof top level) kawasan telah disediakan dan kalau keadaan membenarkan tahun hadapan dah boleh mula proses tetapi belum dimuktamadkan lagi. Tapak dah ada rekabentuk tapi belum dipilih lagi.

“Mengikut pelan awal dalam RM10 juta (kos projek pembinaan masjid) dan projek mungkin makan masa dalam dua tiga tahun,” kata beliau.

Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn yang mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah telah dibina pada Jun 2013 merupakan masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation diuruskan sepenuhnya oleh Waqaf An-Nur Corporation.

Kategori