• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Beri Jaminan Atasi Kesulitan Berkaitan Transaksi Touch ‘n Go

oleh
11/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha sedang diambil PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk mengatasi kesulitan yang dialami pengguna lebuh raya berhubung penamatan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar plaza tol berkuat kuasa 5 November lepas.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan Touch ‘n Go (TnG) untuk menyelesaikan kemusykilan yang timbul namun perkara itu mengambil sedikit masa.

Ia termasuk penambahbaikan pengurusan berkaitan tambah nilai TnG bagi memudahkan pengguna melakukan transaksi tambah nilai kad pembayaran elektronik mereka.

Pengguna mempunyai pilihan melakukan tambah nilai sama ada melalui aplikasi dompet elektronik (e-wallet) atau pusat tambah nilai kad TnG di seluruh negara merangkumi mesin pengeluaran wang automatik (ATM), Hentian Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak, pasar raya, dan kiosk layan diri.

“Kita ada 11,000 pusat tambah nilai, 22 kaunter Touch ‘n Go Spot, 68 mesin tambah nilai, 27 Pusat Khidmat Pelanggan dan 65 lorong tambah nilai di lorong masuk plaza tol terpilih,” katanya ketika ditemui bual RTM1 untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia hari ini.

Beliau mengingatkan pengguna lebuh raya agar tidak keluar daripada kenderaan masing-masing sekiranya tidak dapat melepasi palang tol berikutan baki TnG tidak mencukupi atas faktor keselamatan.

“Kalau ada masalah, saya minta kerjasama agar jangan keluar dari kenderaan sebaliknya boleh tekan butang ‘interkom’. Pegawai khidmat pelanggan PLUS akan bantu anda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat, Perhubungan Komuniti dan Awam PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid berkata pengguna lebuh raya PLUS perlu memahami bahawa langkah menghentikan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol kepada pengguna TnG adalah untuk mengurangkan kesesakan.

“Kami mendapati bahawa lorong tambah nilai melambatkan lalu lintas di plaza tol. Oleh itu, kami meminta sokongan daripada semua pengguna jalan raya untuk tidak menggunakan kemudahan tambah nilai di laluan keluar plaza tol, dan dengan berbuat demikian, semua pemandu akan menerima aliran trafik yang lancar di plaza tol,” katanya.

“Laluan tambah nilai di lorong keluar plaza tol adalah untuk kemudahan pengguna TnG yang tiba-tiba mendapati baki tidak mencukupi dalam kad mereka, tetapi sekarang ia telah dianggap sebagai kemudahan tambah nilai untuk semua,” katanya.

Syed Mohammed Idid berkata statistik pada bulan ini di wilayah Tengah menyaksikan kira-kira 98.7 peratus pemandu beralih kepada kaedah pembayaran tanpa tunai, manakala di wilayah Utara, 95 peratus dan wilayah Selatan 96 peratus.

“Seperti yang dapat anda lihat di plaza tol, kebanyakan lorong adalah lorong khusus untuk Smart Tag, RFID dan TnG. Hanya satu atau dua lorong keluar yang digunakan untuk kenderaan pelbagai kelas dan ini jelas menunjukkan bahawa majoriti masyarakat di negara ini sudah berurusan tanpa tunai,” katanya.

Tags: lorong tambah nilaiplaza tolPLUSTouch 'n Go
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kad Sim Percuma Ditawar Syarikat Kebetulan Sama Program PH

Next Post

12 Individu Dirakam Keterangan Kes Salahuddin Menghasut

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

06/03/2025
1

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch 'n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa...

Next Post

12 Individu Dirakam Keterangan Kes Salahuddin Menghasut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd