• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Mati Dengan 89 Kesan Dera Di Badan

oleh
12/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Polis menahan suami isteri dan seorang wanita bagi membantu siasatan kematian bayi lelaki berusia 23 bulan dipercayai didera 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suami isteri itu yang juga bapa dan ibu bayi berkenaan yang berusia 42 serta 37 tahun ditahan di pekarangan Hospital Serdang pada 5 November lalu.

“Wanita berusia 33 tahun yang juga kenalan ibu mangsa pula ditahan pada 8 November di Putrajaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.

Abdul Aziz berkata, suami isteri itu berasal dari Sungai Merab, Sepang dan ketiga-tiga suspek bekerja sebagai penjawat awam.

“Kita menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh doktor di Hospital Serdang pada 4 November yang mana Jabatan Kecemasan hospital itu menerima pesakit bayi terbabit yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.

“Pengadu (doktor) pada masa itu cuba memberikan bantuan kepada bayi, namun tiada tindak balas dan pada jam 7.20 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, terdapat kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa, bengkak dan luka pada kemaluan serta ada kesan lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.

“Terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan pihaknya turut mengambil keterangan daripada adik-beradik mangsa.

“C,” katanya.

Suami isteri berkenaan direman sehingga 18 November manakala kenalan wanita itu pula direman sehingga 15 November.

Tags: Dera Bayikematian bayipolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB: Nik Faisal Diambil Bekerja Daripada Syarikat Jho Low

Next Post

“Sekarang Bilik Penjara Saya Kosong” – Anwar

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

"Sekarang Bilik Penjara Saya Kosong" - Anwar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd