• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Armada Bersatu Dakwa Zahid Takut Kepada MCA

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi takut kepada MCA kerana telah ‘diarahkan’ untuk tutup mulut supaya tidak mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada kali ini.

Exconya, Muzzammil Ismail mendakwa, UMNO yang sebelum ini lantang mendesak DAP berkaitan isu Melayu Islam terpaksa mengikut rentak MCA yang cuma mempunyai satu kerusi Parlimen.

“Di sini kita melihat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai kelebihan besar untuk mengemudi parti itu berbanding Ahmad Zahid.

“Namun lebih baik Tok Mat memikirkan tentang apa yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan kesatuan kuasa politik orang Melayu tanpa Ahmad Zahid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Ahmad Zahid pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) berkata, pihaknya menyerahkan soal pengumuman calon kepada Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad untuk mengumumkannya pada masa yang sesuai.

“Saya umumkan calon BN bahawa kami memberikan kuasa kepada Datuk Hasni untuk mengumumkannya dalam waktu yang paling sesuai.

“Saya lancarkan secara rasmi Jentera Pilihan Raya BN Tanjung Piai,” katanya.

Mengulas lanjut, Muzzammil berkata, calon daripada Bersatu mewakili Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini lebih berwibawa dan kuat daripada segi watak agama, Melayu serta disenangi masyarakat setempat selain berpengalaman dalam politik.

“UMNO sedang bergolak teruk dan menghadapi tekanan kuat dalam menentukan calon mereka.

“MCA lebih awal memberi amaran akan keluar parti jika calon mereka tidak diletakkan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid Hamidiarmada bersatuMCAPRK Tanjung PiaiUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maqis Rampas Daging Babi, Buaya Di LTSAS

Next Post

“Kita Akan Lawan PH Habis-Habisan” – Ahmad Maslan

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

"Kita Akan Lawan PH Habis-Habisan" - Ahmad Maslan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd