• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rupanya Mayat Anak Sendiri”

oleh
27/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah tidak menyangka sekujur tubuh pelajar lelaki terbaring di jalan raya adalah anaknya sendiri.

Ahmadrunizam Awang, 44, berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika dia dan isteri pulang sebaik selesai urusan kerja di Kuala Lumpur.

Ahmadrunizam yang menetap di Kampung Pasir Tuntong berkata, dia yang melalui jalan terbabit tidak mengesyaki sesuatu meskipun ternampak mayat kaku di atas jalan.

“Saya meneruskan pemanduan kerana ingatkan anak orang lain, tapi bila sampai ke tempat menunggu bas berhampiran rumah kelibat anak tak kelihatan.

“Saya mula rasa tidak sedap hati dan kebetulan menerima panggilan telefon daripada adik ipar memaklumkan anak saya dilanggar kenderaan ketika melintas jalan,” katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya berpatah semula ke tempat kejadian dan terkejut apabila anaknya, Ahmad Rafiq Darwisy, 13, tidak lagi bernyawa.

“Saya berlari ke arahnya dan sempat membuka baju yang dipakai bagi menutupi jenazah anak sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

Katanya, Ahmad Rafiq yang dalam perjalanan ke sekolah sempat meninggalkan pesanan kira-kira 10 minit sebelum kejadian.

“Sebelum kejadian, arwah ada hubungi isteri beritahu supaya jaga diri baik-baik dan berhati-hati,” katanya.

Ahmadrunizam berkata, anak keempat daripada enam beradik itu disifatkan sebagai anak yang baik dan suka bergurau.

“Arwah seorang yang ceria dan ringan tulang. Bila disuruh melakukan sesuatu dia cepat membantu.

“Ini semua takdir ALLAH, sebagai bapa saya hanya mampu berdoa supaya arwah diberikan kebaikan dunia dan akhirat,” katanya.

Jenazah Allahyarham Ahmad Rafiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Api-Api kira-kira jam 5. 30 petang, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang pelajar tingkatan 1 yang dalam perjalanan ke sekolah menemui ajal apabila tercampak kira-kira 20 meter selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 38 Jalan Teluk Intan-Klang, berhampiran Assam Jawa, di sini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, Ahmad Rafiq mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – Sinar Harian

Tags: ibu-bapakemalangan mautmayat anak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trafik Sesak 7 Kilometer Di Bandar Ainsdale

Next Post

Ringgit Meneruskan Aliran Penurunan

Related Posts

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

23/05/2025
0

MELAKA: Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post

Ringgit Meneruskan Aliran Penurunan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd