• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Serangan Di Christchurch Syukur Jadi Tetamu ALLAH

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – “ALLAH bagi rezeki ini untuk mengubati hati kami yang pernah diuji dan ganjaran ini merupakan ganjaran yang begitu besar.”

Demikian kongsi Prof. Madya Dr. Zurinawati Mohi, 48, isteri kepada Nazril Hisham Omar, 49, mangsa serangan pengganas di Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand yang mendapat tajaan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud untuk menunaikan ibadah haji di bawah program tetamu Raja Saudi 2019.

Zurinawati berkata, beliau dan suami tidak menyangka menjadi tetamu ALLAH selepas berdepan dengan episod hitam yang hampir meragut nyawa insan tersayang dalam serangan ketika solat Jumaat, 15 Mac lalu.

“Sewaktu mendapat perkhabaran mengatakan Raja Arab Saudi akan menaja, saya tidak ambil serius. Bila dapat borang kami lengkapkan. Waktu itu masih tidak percaya.

“Selepas tempoh sebulan, visa diluluskan, perasaan saya dan suami tidak terkata. Kami bersyukur mendapat peluang menjadi tetamu ALLAH bagi menunaikan ibadah haji tahun ini,” katanya yang berada di Makkah ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, beliau dan suami baru selesai mengerjakan umrah selepas tiba di Tanah Haram pada Sabtu lalu.

“Panggilan haji ini merupakan panggilan teragung buat kami. Pada saya, ia juga merupakan hadiah ulang tahun perkahwinan pada 30 Julai lalu,” katanya.

Zurinawati dan suami adalah antara 200 keluarga mangsa kejadian itu yang ditaja oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud untuk menunaikan ibadah haji di bawah program tetamu Raja Saudi 2019.

Seorang lagi mangsa serangan itu, Mohd Tarmizi Shuib, 42, bersama isteri, Dr. Marina Zahari dan anak lelaki mereka berusia 12 tahun, Muhammad Hariz turut sama mendapat peluang menunaikan ibadah haji.

Mohd Tarmizi bersama isteri, Marina bersyukur menjadi tetamu ALLAH selepas berdepan dengan episod malang sebelum ini.

Dalam kejadian itu, anak Mohd Tarmizi, Muhammad Haziq, 17, antara 50 mangsa yang terkorban dalam pembunuhan beramai-ramai itu.

“Seperti ada hikmahnya. Setelah apa yang kami lalui… kami sentiasa berdoa kepada ALLAH agar kami sentiasa diberikan kekuatan dan petunjuk. Kami tidak menyangka kurniaan ini menjadi tetamu-Nya ke tanah suci (mengerjakan haji).

“Kami tidak pernah mengharapkan kurniaan ini diberikan kepada kami untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini. Ia sukar dipercayai selepas beberapa bulan masa sukar yang telah kami alami sejak kejadian tragis itu. Ini adalah ganjaran yang besar daripada ALLAH kerana kami sekeluarga menjadi tetamu-Nya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di program tersebut di sini semalam.

Program tahunan itu adalah anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi serta dibiayai secara peribadi oleh Raja Salman.

Pembiayaan itu termasuk tempat tinggal para jemaah, tiket pesawat, makan minum dan perbelanjaan bagi mengerjakan haji.

Program yang dijalankan sejak lebih dari 20 tahun itu bertujuan mengumpulkan jemaah haji agar mereka dapat bertukar pandangan mengenai Islam dan mengukuhkan hubungan sesama umat.

Seramai 1,300 jemaah haji dari 72 negara terpilih menyertai program itu pada musim haji tahun ini termasuk 20 orang dari Malaysia.

Arab Saudi merancang untuk menampung sehingga 30 juta jemaah haji dan umrah pada tahun-tahun akan datang berdasarkan Wawasan 2030 yang diperkenalkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman. – Sinar Harian

Tags: Arab SaudiChristchurchhaji tajaanRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khat Dan Tahi Lembu, Lim Lip Eng Mohon Maaf

Next Post

Suspek Insiden Bom Di Bangkok Pernah Lawat Malaysia

Related Posts

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Suspek Insiden Bom Di Bangkok Pernah Lawat Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd