Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Bajet 2016 Menyeluruh Dan...

HULU TERENGGANU - Pengumuman Bajet 2016 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri...

Boikot Air Mineral Yang...

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengatur langkah membendung kenaikan barangan dengan melancarkan boikot terhadap...

Lelaki Ditahan Di Arab...

SEORANG lelaki warga Mesir yang bekerja sebagai penyambut tetamu di Arab Saudi ditahan...

Tentera Myanmar Kelar Leher,...

WASHINGTON - Pasukan pemerhati menyatakan tentera Myanmar mengelar leher penduduk Islam Rohingya dan...

2 Sekolah Ditutup Di Sarawak Akibat Jerebu

MIRI – Seramai 1,906 murid termasuk 50 murid prasekolah dari dua sekolah rendah tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana terpaksa ditutup berikutan keadaan jerebu semakin teruk di kawasan Kuala Baram.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, dua sekolah yang ditutup tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan.

“Sesi persekolahan terpaksa dihentikan kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin teruk iaitu melebihi 232 dengan sekolah paling teruk SJK Chung Hua Tudan yang terletak berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, terdapat 50 murid prasekolah, 556 murid serta 45 guru di SK Kuala Baram 2 manakala SJK Chung Hua Tudan mempunyai seramai 1,300 murid dan 64 orang guru.

“Kawasan persekolahan dilanda jerebu teruk akibat kebakaran hutan dan tanah gambut semakin teruk,” katanya.

Menurut data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di ILP Miri pagi tadi berada pada tahap berbahaya iaitu 404, manakala IPU di SK Kuala Baram 2 merekodkan bacaan IPU 204 iaitu sangat tidak sihat.

Kategori