• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Boleh Undur Diri Jika Tak Menonjol – Kadir Jasin

oleh
22/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Wartawan veteran, A Kadir Jasin berkata individu yang dilantik menganggotai Kabinet boleh mengundurkan diri secara sukarela jika merasakan diri kurang menonjol dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) untuk digantikan dengan orang lain.

Dalam catatanya blognya, Kadir berkata masa setahun yang PH berikan kepada menteri termasuk menteri besar, ketua menteri atau exco kerajaan negeri adalah cukup lama.

“Jika ada yang masih merangkak dan meraba-raba setelah setahun diberi peluang dan tanggungjawab, maka adalah kewajipan kita meminta mereka memikirkan semula kedudukan mereka.

“Mungkin tidak kepada penjawat tetapi bagi rakyat jelata yang menaruh harapan, ia mungkin macam selama-lamanya.

“Setahun – 12 bulan, 52 minggu dan 365 hari – adalah cukup lama bagi mereka, kerana mereka mengharapkan perubahan dan pembaikan apabila mereka mengundi parti kita,” katanya.

Kadir berkata rakyat hanya mampu memberi pandangan dan menaruh harapan, selebihnya adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memikirkan tindakan sewajarnya.

“Beliau (Mahathir) tentu lebih arif kerana beliau sendiri memberi markah 50% sahaja kepada anggota Kabinet beliau.

“Pada fahaman saya, ini adalah markah purata. Ada yang bawah 50 dan ada yang atas 50. Yang bawah daripada 50 itu bolehlah dijadikan sasaran untuk diganti,” katanya.

Kadir berkata rakyat khususnya yang mengundi PH, berhak untuk membuat penilaian siapa yang pada pengetahuan dan pandangan mereka, berjaya atau gagal memenuhi aspirasi mereka.

BUANG LANTIKAN POLITIK

Kadir menambah ramai pegawai tinggi lantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih dalam jawatan masing-masing sekarang.

“Malah ada yang dinaikkan pangkat kerana mereka layak atau kerana proses kenaikan pangkat biasa.

“Kita juga tahu, ada saki baki lantikan bekas kerajaan BN yang masih setia kepada bos lama atau terikut-ikut cara dahulu,” katanya.

Kadir berkata sudah sampai masanya Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bekerjasama dengan kerajaan membuang “virus” itu supaya cabang eksekutif dan pentadbiran boleh berganding bahu berkhidmat untuk negara dan rakyat jelata.

“Mana-mana yang tidak sehati dengan kerajaan PH atau berasa kurang layak eloklah mengundurkan diri.

“Tidak terkecuali adalah ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan yang dilantik oleh PH sendiri,” katanya. – FMT

Tags: A Kadir Jasinmenteri kabinetpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Johor Zahir Takziah

Next Post

Biadap, Bawa Anjing Di Lobi Kondo!

Related Posts

Zuraida Masih Menteri Kabinet

28/05/2022
0

TOKYO : Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan kedudukannya akan ditentukan selepas mereka mengadakan pertemuan, kata Perdana Menteri Datuk...

Hampir Separuh Menteri Kabinet Belanda Wanita

04/01/2022
0

AMSTERDAM – Kabinet keempat Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 10 Januari ini bakal menampilkan...

Next Post

Biadap, Bawa Anjing Di Lobi Kondo!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd