• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mana Duit Raya Peneroka Felda?“

oleh
24/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan setakat ini tidak memberikan keputusan muktamad berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara. Seperti biasa, dialog dan lirik sama dimainkan, iaitu keadaan kewangan negara yang dibebani pelbagai hutang.

2. Kerajaan seharusnya memberikan alasan berpandukan fakta kerana alasan hutang ini sebenarnya memakan diri sendiri. Umum mengetahui bahawa hutang negara pada era Barisan Nasional pada suku pertama 2018 adalah RM 686 bilion. Hutang negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan meningkat kepada RM 776 billion pada suku pertama tahun 2019. Peningkatan hutang hampir RM 100 bilion ini sebenarnya menggusarkan rakyat Malaysia. Peningkatan hutang ini memberikan gambaran bahawa pentadbiran sekarang tidak berupaya mengurus ekonomi negara.

3. Jika dahulu, ketika era Barisan Nasional, duit raya mampu diberikan kepada peneroka FELDA di saat belanjawan yang optimum, kenapa kini duit raya tidak mampu diberikan walaupun belanjawan Pakatan Harapan merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara. Ini ditambah dengan belanjawan tambahan yang diumumkan YB Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat bahawa belanjawan terbesar ini tidak dinikmati rakyat, malah tidak mampu menurunkan hutang negara. Persoalannya, ke manakah perginya peruntukan-peruntukan tersebut?

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan memberikan sedikit duit hari raya kepada peneroka FELDA kerana mereka sangat tertekan di saat harga sawit dan getah yang jatuh merudum. Jualan yang tidak seberapa menyebabkan seluruh peneroka dan petani terpaksa mengikat perut untuk hidup. Harapan mendapat bantuan BaSaH pula kini sunyi menyepi.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Tags: Duit RayaPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Firma Dari Lebanon Periksa 44 Barang Kemas

Next Post

Perdana Menteri Britain Umum Letak Jawatan

Related Posts

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Duit Raya RM500

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Duit Raya RM500

01/04/2024
1

Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred...

Beli Nombor Ekor, Cari Duit Raya, Katanya

Beli Nombor Ekor, Cari Duit Raya, Katanya

02/04/2023
0

Melaka : Hasrat dua lelaki termasuk warga emas mencari duit lebih untuk perbelanjaan raya tidak kesampaian apabila mereka dicekup ketika...

Next Post

Perdana Menteri Britain Umum Letak Jawatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd