• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Apa Kata Zuraida? Ampang Jaya Kawasan Sampah”

oleh
21/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Negara kita, Malaysia sudah terkenal di seluruh dunia pada tahun 2018 sebagai pengimport sampah dan sisa plastik yang terbesar di dunia. Ini berdasarkan laporan The Edge Malaysia Weekly pada 25 Februari, 2019 di mana Malaysia mengimport 157,299 tan sampah plastik, iaitu peningkatan 273% jika dibandingkan pada tahun 2017. Era pemerintahan Pakatan Harapan pada tahun pertama menunjukkan kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada masalah alam sekitar.

2. Pada akhir tahun 2018, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah membuat kenyataan di Parlimen bahawa perniagaan pemprosesan sampah plastik merupakan industri RM30 billion yang tidak boleh diabaikan. Kenyataan beliau menunjukkan polisi berat sebelah antara keselamatan alam sekitar berbanding mengaut keuntungan.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menerima aduan rakyat yang disalurkan kepada kepimpinan Pemuda IKATAN Negeri Selangor di kawasan Parlimen YB Zuraida sendiri, Parlimen Ampang. Penduduk di kawasan Ampang Jaya membantah cadangan projek “Anaerobic Digester” di Jalan Memanda 27, Taman Dato Ahmad Razali. Pencernaan anaerobik adalah proses penguraian bahan organik menggunakan bakteria. Proses biologi ini menghasilkan gas, terutamanya gas metana dan karbon dioksida. Gas ini sangat tidak baik untuk kesihatan. Teknologi ini wujud di negara luar, tetapi mereka tidak menjadikan kawasan berhampiran perumahan dan sekolah sebagai tapak projek.

4. Malangnya di Malaysia, tapak projek ini betul-betul di sebelah kawasan perumahan, Kondominium KOJAYA (5 meter). Ini sangat melanggari penetapan peraturan oleh Jabatan Alam Sekitar yang meletakkan zon penampan 350 meter daripada sumber pencemar ke sempadan petempatan. Zon ini juga berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali (100 meter), Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (150 meter) dan beberapa tadika anak-anak kecil yang bakal mengganggu keselamatan, kesihatan dan pembelajaran anak-anak.

5. Difahamkan penduduk di kawasan berhampiran sudah menghantar bantahan secara rasmi kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya termasuklah Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa MPAJ dan YB Ahli Parlimen mendengar rintihan rakyat marhaen yang mahukan kehidupan yang selesa. Adakah YB Zuraida dan keluarga ingin tinggal di kawasan sampah? Kira-kira 10 ribu penduduk akan terjejas jika projek ini tetap dilaksanakan. Wakil rakyat yang dipilih bakal kehilangan 10 ribu sokongan jika hal ini tidak ditangani dengan adil.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Tags: ampang jayaSampahShahir AdnanZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek RTS Digantung Hingga Akhir September

Next Post

Lelaki Tikam Budak Perempuan 10 Tahun Direman

Related Posts

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

AGC Bantah Permohonan Zuraida Mohon Isytihar Presiden PBM

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap...

Next Post

Lelaki Tikam Budak Perempuan 10 Tahun Direman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd