• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Pernah Ada Jawatankuasa Pemilihan Matrikulasi

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak pernah ada jawatankuasa pemilihan matrikulasi pernah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan.

Itu kata bekas timbalan menterinya, Datuk P. Kamalanathan yang bertugas di kementerian itu sejak tahun 2013 hingga tahun 2018.

“Secara jujurnya, tidak ada jawatankuasa pemilihan matrikulasi sepanjang pengetahuan saya menjadi timbalan menteri.

“Kedua, sekiranya ada ia mungkin pertubuhan rahsia yang tidak ada sesiapa pun tahu,” katanya dalam siaran live FBnya hari ini.

Menurut Kamalanathan, jika jawatankuasa itu benar-benar wujud, ia sudah tentu dapat menyelesaikan kemelut kemasukan pelajar matrikulasi India dan ada wakil di dalamnya.

“Setahu saya takda. Jangan menipu, you (Pakatan Harapan) menang pilihan raya (guna) fitnah dan berterusan,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Pusat MIC Kebangsaan itu berkata demikian ketika menjawab soalan netizen mengenai status jawatankuasa berkenaan seperti didakwa pimpinan kerajaan sekarang.

Dalam pada itu, Kamalanathan juga kecewa apabila membaca berita mengenai kuota pelajar India memasuki matrikulasi seramai 700 orang sahaja.

Sedangkan, pada zaman Barisan Nasional (BN), MIC telah berjaya meningkatkan kuota yang sama sehingga 2,200 pelajar.

“Sekirannya 1,500 (pelajar India) diserap pun sepatutnya lebih kena beri oleh kerajaan sekarang, bukan kerajaan BN yang temberang, kerajaan PH yang temberang.

“(Mana) pemimpin kaum india yang menang dengan pelbagai janji-janji dulu?” soalnya.

Beliau juga dengan panjang lebar menceritakan kronologi bagaimana perjuangan MIC mendapatkan kuota sebanyak itu sebelum ini.

“Saya harap tak benar. Angka 700 itu saya harap palsu, kalau benar angka muktamad dua tahun sekarang pengamblan pelajar india lebih teruk daripada sebelum ini.

“Saya harap PH dapat laksana (lebih 700 kuota) dan saya sedia beri kerjasama,” katanya lagi.

Secara seloroh, beliau memahami Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mungkin sibuk fokus pertukaran warna kasut dan stokin.

Bagaimanapun, beliau berharap Maszlee tidak mengabaikan agenda kaum India.

Dalam pada itu, Kamalanathan tidak menyalahkan kakitangan kementerian kerana mereka bekerja mengikut arahan menteri. – MalaysiaGazette

Tags: matrikulasipakatan harapanpelajar india
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tubuh Bahagian Khas Kendali Pelaburan ECRL – Daim

Next Post

Penyerang Adib Mungkin Bukan Dari Arah Depan FRT

Related Posts

Prabowo Runding Lantikan Kabinet Dengan Sekutu

KPM Perluas Pengambilan Calon Guru PISMP Kepada Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

13/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu kekurangan guru, Kementerian Pendidikan (KPM) meluaskan pengambilan calon guru kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

Penyerang Adib Mungkin Bukan Dari Arah Depan FRT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd